BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia ditahan, seludup dadah di Macau

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
14265739281422869-408926.jpg

14265739281422869-408927.jpg

14265739281422869-408928.jpg

14265739281422869-408929.jpg

14265739281422869-408930.jpg

14265739281422869-408931.jpg

14265739281422869-408932.jpg

14265739281422869-408933.jpg


Lelaki Malaysia ditahan di Macau bersama dadah lebih RM2 juta


Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Macau menahan seorang rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau selepas disyaki menyeludup hampir tiga kilogram (kg) heroin bernilai kira-kira MOP$4.18 juta (RM2.09 juta), bulan lalu.

Polis Kehakiman Macau (PJ) dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu tiba di Macau dengan penerbangan dari sebuah negara di Asia Tenggara pada lewat malam 20 Jun lalu.

Menurutnya, suspek dikesan pegawai Bahagian Narkotik PJ yang ditempatkan di lapangan terbang hasil risikan dan pemantauan terhadap taktik penyeludupan dadah antarabangsa.

"Lelaki Malaysia itu ditahan sebaik mengambil bagasi berdaftarnya sebelum pemeriksaan di lokasi menemukan 49 kotak biskut tuna yang dibungkus rapi.

"Setiap kotak mengandungi dua paket biskut dan satu tin pes tuna. Pemeriksaan ke atas beberapa tin itu mendapati ia tidak mengandungi pes tuna, sebaliknya dipenuhi serbuk putih," katanya.

Katanya, ujian awal menggunakan alat pengesan dadah mudah alih mendapati serbuk putih itu dipercayai dadah.

"Pasukan Jabatan Sains Forensik PJ kemudian menjalankan pemeriksaan segera terhadap serbuk putih berkenaan.

"Pemeriksaan itu mengesahkan bahan berkenaan sebagai heroin seberat 2,987 gram (2.987kg) dengan nilai pasaran kira-kira MOP$4.18 juta (RM2.09 juta)," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lelaki itu dipercayai direkrut sindiket pengedaran dadah di Malaysia yang menjanjikan bayaran RM3,000 atau bersamaan kira-kira MOP$6,000 selepas tugas itu selesai.

"Lelaki itu dipercayai diarahkan mengambil dadah berkenaan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum menyeludup ke Macau. Dadah itu dipercayai mahu dihantar ke wilayah berhampiran mengikut arahan sindiket," katanya.

PJ berkata, susulan siasatan lelaki itu kemudian dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya atas kesalahan mengedar dadah narkotik dan bahan psikotropik secara haram.

Untuk rekod, pengedaran dadah adalah jenayah serius di Macau dengan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.


Artikel Harian Metro
 

Rakyat Malaysia Ditahan Di Macau Miliki Rekod Jenayah Dadah​

ad379d87da88b3426b57cb2078424bbb696356500a794

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Macau kerana disyaki menyeludup hampir tiga kilogram heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta bulan lepas, disahkan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat rasmi daripada polis Macau berhubung penahanan lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Sarawak itu, semalam.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah narkotik melibatkan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Hussein, dadah berkenaan disorokkan di dalam tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut sebelum ditemukan dalam bagasi suspek sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang serta anggota sindiket lain di negara ini, di samping bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan dadah negara jiran susulan suspek dipercayai menggunakan laluan selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyeludup dadah.

“Suspek bukan berlepas dari Malaysia tetapi dari negara jiran di utara dan dadah terbabit dipercayai diperoleh dari negara jiran,” katanya.

Menurut Hussein, kerjasama siasatan antara JSJN dan Polis Macau ketika ini tertumpu kepada pertukaran maklumat risikan serta usaha mengenal pasti dalang dan ahli sindiket lain yang terbabit.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara supaya sentiasa mengambil berat terhadap bagasi dibawa serta mengetahui sepenuhnya kandungan bagasi atau bungkusan bagi mengelakkan dieksploitasi sebagai keldai dadah.

Sebelum ini, Polis Kehakiman Macau memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau pada 20 Jun selepas disyaki menyeludup 2.987 kilogram heroin bernilai kira-kira 4.18 juta pataca Macau (RM2.09 juta).

 

Rakyat Malaysia ditahan, seludup dadah di Macau​

rakyat-malaysia-seludup-dadah.jpeg

Bungkusan berisi biskut dan pes tuna yang dirampas selepas digunakan untuk menyembunyikan heroin seberat hampir 3 kilogram. - Polis Kehakiman Macau

MACAU – Seorang lelaki warga Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup hampir 3 kilogram dadah jenis heroin yang disorokkan di dalam tin makanan di sebuah lapangan terbang di Macau, lapor portal berita Macau Business.

Suspek berusia 24 tahun itu diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau dari negara Asia Tenggara, baru-baru ini.

Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi suspek membawa kepada penemuan 49 tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut, demikian menurut pihak berkuasa.

Sebilangan tin tersebut mengandungi dadah, yang kemudian dikenal pasti oleh pasukan forensik sebagai heroin dengan jumlah berat 2.98 kilogram dan bernilai kira-kira 4.18 juta pataca Macau (RM2.09 juta).

Penyiasat berpendapat suspek direkrut oleh sindiket pengedaran dadah di Malaysia dan dikerahkan untuk mengambil heroin di luar negara sebelum membawanya ke Macau.

Suspek memberitahu bahawa dia akan menerima 6,000 pataca Macau (RM3,026) untuk melengkapkan penghantaran tersebut.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti ahli sindiket lain yang masih bebas. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register