BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupan Bom Di Selatan Thailand Gegarkan Rumah Penduduk Di Rantau Panjang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Letupan Bom Di Selatan Thailand Gegarkan Rumah Penduduk Di Rantau Panjang​

c46c942f1bab503b0958dd0f33c05e3d6a8a735d94db0

Kredit Polis Diraja Thailand

Dentuman kuat dari arah Narathiwat, Selatan Thailand, malam tadi sehingga menggegarkan kediaman, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sempadan Malaysia-Thailand termasuk Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang, di sini.

Ismail Abdul Rahman, 50, dari Kampung Lubok Gong berkata bunyi seakan-akan guruh disusuli pancaran cahaya di langit itu, kedengaran dan kelihatan jelas dari kediamannya menyebabkan keluarganya memberi perhatian terhadap suasana di luar rumah.

“Bunyi dari arah negara jiran itu sangat kuat seperti dentuman di langit ketika kilat. Rumah terasa bergegar, kami terus berjaga-jaga dan tertanya-tanya punca kejadian.

“Kami sekeluarga tidak keluar dan terus berada di dalam rumah sehingga keadaan kembali tenang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Malik Zulkarnain, 35, dari Kampung Tersang, turut mendengar dentuman berkenaan, namun berkata bunyinya agak berbeza daripada guruh.

“Memang jelas kedengaran dari arah seberang. Kami tidak tahu apa yang berlaku, jadi kami terus berada di dalam rumah.

“Penduduk juga mengambil perhatian terhadap perkembangan di sebelah sempadan, namun keadaan kembali tenang selepas itu,” katanya.

Malik berkata setakat pagi ini, tiada kejadian luar biasa di Kampung Tersang dan penduduk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pagi ini mendapati, operasi dan aktiviti orang ramai berjalan seperti biasa serta dalam keadaan terkawal.

 
Back
Top
Log in Register