BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki putus kaki terkena mercun

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
14171312439919637-374118.jpg

14171312439919637-374119.jpg

14171312439919637-374120.jpg

14171312439919637-374121.jpg

14171312439919637-374122.jpg

Lelaki putus kaki terkena mercun

Segamat: Seorang lelaki putus kaki kiri akibat terkena letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 30-an sedang bermain bunga api sebelum berlaku letupan hingga mencederakannya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan polis mendapati mangsa bermain bunga api jenis 'shoot cake 4(D) 16 shot (premium)' di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut beliau,akibat letupan itu mangsa parah sehingga kudung kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan.

"Mangsa kini berada di zon merah dengan pemantauan dijalankan pasukan perubatan" katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri dari bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel : Harian Metro

nasib baik tertembak diri sendiri

kalo kena org buat rakaman/ org lain xke kes naya
 
dulu mane ade org main mercun mcm nie...sorok2

menteri DAP mane entah tibe2 benarkan penjualan mercun besar besaran.. nak bg taukey kaya lah tu
 
melayu main mercun,putus tangan
cina main mercun,putus kaki
hindu main mercun,putus..........
 
tp kali ni cina ada putus kaki sebab mercun tu sendiri jatuh ngam2 plak hala ke kaki dia..

org kita slalu kalu kes putus jari ni slalu dok modi mercun sendiri.

tp mmg beso punya mercun klcc dia tu,slalu dok jumpa jenis biasa petak pendek je kotak dia
 
Modi punya ke? lain macam dia punya pergi.
 
letupan tembak tu kuat sampai terbalik kotak tuh
 
Back
Top
Log in Register