BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki mengamuk cedera ditembak pengawal keselamatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
6062088297125103564_121.jpg

6062088297125103563_121.jpg




Lelaki mengamuk cedera ditembak

BANTING - Seorang lelaki mengamuk sebelum cedera dipercayai ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting di sini pada Sabtu.


Katanya, anggota kereta peronda telah tiba di lokasi kejadian sebelum lelaki terbabit dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan.

"Pada jam 3.31 petang, polis telah menerima panggilan yang melaporkan terdapat kejadian lelaki mengamuk dan bertindak mengacukan sebilah parang ke arah pegawai perubatan di sebuah restoran.

"Satu tembakan kemudian telah dilepaskan ke arah lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit boleh tampil ke balai polis berdekatan.

"Orang ramai juga boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222," ujarnya.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 57 saat yang tular di media sosial, beberapa individu dilihat menggunakan kerusi bagi mempertahankan diri daripada diserang lelaki itu.

Lelaki itu kemudian ditahan selepas seorang pengawal keselamatan dikatakan melepaskan satu das tembakan pada kakinya.

Sumber : Sinar Harian
20 Apr 2025 12:36 am
 
Polis pun sebutir peluru tembak kene menjawap ini plak security tembak org...
Kadang2 tak faham bab prosedur keselamatan ni. Jelas dia kejar MA tu. Takkan nak tunggu jadi apa2 kat MA tu dulu baru nak tindak. Dia tembak pun kat kaki, untuk hentikan tindakan.

Harap pengawal tu tak kena apa2 la
 
Dia dah diam, musibat yang pegang besi panjang pi menyibuk kenapa.
 
Kadang2 tak faham bab prosedur keselamatan ni. Jelas dia kejar MA tu. Takkan nak tunggu jadi apa2 kat MA tu dulu baru nak tindak. Dia tembak pun kat kaki, untuk hentikan tindakan.

Harap pengawal tu tak kena apa2 la

Bkn senang2 bleh tembak org...
Mmg kene siasat le nanti...
Merase la 3-4 hari dok lokap balai...
 
Back
Top
Log in Register