BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Melecur 50 Peratus Dalam Kebakaran Dua Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Melecur 50 Peratus Dalam Kebakaran Dua Rumah​

518acf197cddd3ae6a5784cf9c02063c6a732290b3858

Kredit JBPM

Seorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian badan dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres di Lorong Bakap Permai 9, Sungai Bakap di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dan BBP Batu Kawan dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati api sedang marak dan sebuah rumah terbakar lebih 50 peratus manakala sebuah lagi turut terjejas sekitar 10 peratus akibat bahang kebakaran tersebut.

“Pihak bomba berjaya menyelamatkan mangsa Tan Chin Long, 58, iaitu penghuni di rumah itu yang melecur dan diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pada 3.47 petang serta anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan overhaul bagi memastikan tiada punca yang boleh mencetuskan semula kebakaran, sebelum operasi ditamatkan sejam kemudian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register