BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Melecur 70 Peratus Ketika Cuba Padam Kebakaran Di Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Melecur 70 Peratus Ketika Cuba Padam Kebakaran Di Rumah​

c877bc46a14e8926a39c9eba42474ac06a4663fb0fb28

Kredit JBPM

Seorang lelaki melecur 70 peratus pada bahagian badan ketika cuba memadamkan kebakaran di rumahnya di Kampung Padang Perahu dekat Jitra, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.32 petang tadi sebelum tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

“Sebanyak 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang tiba di lokasi mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah rumah Kelas B dua tingkat.

“Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan struktur rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata mangsa diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Jitra.

 
Back
Top
Log in Register