BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta Di Ipoh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
27293eb0fa21f516448ba1e6e52afd8e69ecbccb94530

--kredit JBPM Perak

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di Jalan Taman Ng Wan Hup, Taman Pertama, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.25 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

"Mangsa berusia 54 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang berkunci. Setelah pintu berjaya dibuka, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat pada 7.10 malam.

 
Back
Top
Log in Register