BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Lelaki Dipercayai Meninggal Dunia Lebih Empat Hari Ditemukan Dalam Kereta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Mayat Lelaki Dipercayai Meninggal Dunia Lebih Empat Hari Ditemukan Dalam Kereta​

5d141bcf21a1a5096e2e7ae929f4519d6898834b0c9f4


Mayat lelaki tempatan dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari ditemukan di dalam sebuah kereta di Jalan Lintang Merdeka di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 9.50 pagi daripada seorang pekerja pembersihan.

Pekerja itu memaklumkan melihat kenderaan tersebut diletakkan dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan kerja pembersihan pada 9.30 pagi.

“Mayat lelaki berusia 55 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap di tempat duduk pemandu kenderaan itu yang tidak berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata pemeriksaan pada badan dan lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dengan lelaki itu mempunyai rekod penyakit kronik serta sedang menerima rawatan di hospital.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

 
Back
Top
Log in Register