BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditahan Pandu Kereta Lawan Arus Di Ibu Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Lelaki Ditahan Pandu Kereta Lawan Arus Di Ibu Negara​

b6b1d42d94ee9c598bb0a99dd0fe75fc61723d1f32971


Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an dipercayai memandu kereta melawan arus di Jalan Hang Tuah di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rosdi Daud berkata hasil saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

"Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952/Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat esok," katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video memaparkan sebuah kenderaan dipandu melawan arus di ibu negara dan kemudian melintasi pembahagi jalan sebelum beredar.

 
Back
Top
Log in Register