BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Pandu Kereta Lawan Arus Di Petaling Jaya Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b6b1d42d94ee9c598bb0a99dd0fe75fc61723d1f32971


Seorang lelaki ditahan selepas memandu sebuah kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mat berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kejadian pada 1.15 tengah hari.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11.28 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna merah.

"Kenderaan tersebut dipandu secara melawan arus sebelum terlibat kemalangan dengan beberapa kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan.

"Kesemua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Honda CRV berkenaan berjaya ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohammad Najib Mohd Azaman melalui talian 012-3526147 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register