hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis tahan pemandu lori lawan arus 150km
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki selepas aksi berbahaya memandu secara melawan arus sejauh 150 kilometer (km) dari Plaza Tol Bukit Beruntung ke Plaza Tol Sungai Buloh, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota peronda polis yang memaklumkan sebuah lori enggan berhenti jam 5.35 pagi.
Beliau berkata, lori jenis Mitsubishi Fuso itu kemudian memandu keluar ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Plaza Tol Bukit Beruntung.
“Suspek memandu melawan arus sejauh 150km bermula dari Plaza Tol Bukit Beruntung sehingga Plaza Tol Sungai Buloh dan berpatah balik ke Plaza Tol Bukit Beruntung.
“Pemandu lori itu juga memandu secara berbahaya serta cuba melanggar kenderaan peronda polis ketika cuba memberhentikannya di kawasan berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, polis menahan suspek di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan merampas lori terbabit.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan satu jenayah, selain ujian air kencingnya positif syabu.
“Dia akan dibawa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Artikel : Buletin Tv3