BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Dari Perahu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari perahu ketika menangkap ikan di Muara Batang Oya, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPN) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.23 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikerah ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada 9.46 pagi, kira-kira 21 kilometer dari balai dan operasi pencarian segera dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal daripada ahli keluarga, mangsa berusia 28 tahun itu keluar seorang diri ke muara sungai untuk menangkap ikan sebelum dilaporkan hilang.

Operasi pencarian melibatkan empat anggota bomba dengan penggunaan sebuah kenderaan EMRS, kenderaan pacuan empat roda serta sebuah bot penyelamat.

Operasi pencarian mangsa turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

 
Back
Top
Log in Register