BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Di Rumah Jagaan Di Tanjung Rambutan Disyaki Dibunuh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Lelaki Di Rumah Jagaan Di Tanjung Rambutan Disyaki Dibunuh​

01fa3c7da3a6dfeb812e0aa804dcb7d66a70775506e3c

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dalam kenyataan hari ini berkata Balai Polis Tanjung Rambutan menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan tentang kematian seorang penghuni di rumah jagaan berkenaan pada 2 petang.

Beliau berkata sepasukan polis telah ke lokasi dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan, terdiri daripada seorang penjaga dan empat penghuni rumah jagaan berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terlibat,” katanya.

Mohd Alwi berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selain bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi menentukan punca sebenar kematian.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kes ini kerana boleh mengganggu siasatan.

Sementara itu, seorang jiran yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan Amar Mat Daud, 40, ketika ditemui berkata dia tidak pernah mendengar bunyi bising atau keadaan riuh sepanjang rumah penjagaan itu beroperasi kira-kira dua tahun.

Malah, katanya, dia juga tidak pernah nampak penghuni berada di luar rumah penjagaan itu selama ini.

 
Back
Top
Log in Register