BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Cedera Parah Ditetak Dalam Pergaduhan Di Sri Muda

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Lelaki Cedera Parah Ditetak Dalam Pergaduhan Di Sri Muda​

aaf591d33ca07b4490ce878822b9827b5fe89b386d653


Seorang lelaki warga tempatan cedera parah selepas dipercayai ditetak dengan parang dalam kejadian pergaduhan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Kemuning, Sri Muda dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata kejadian kira-kira pada 11 pagi itu dipercayai melibatkan dua penyerang lelaki warga tempatan yang turut menggunakan objek menyerupai pistol.

“Mangsa berusia 38 tahun kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi kecederaan parah yang dialami di tangan kirinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian hadir ke balai polis berhampiran atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Shamsiah Noor Zakaria di talian 012-8308706.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

 
Klang not for human liv wan
 

Empat Rakan Didenda RM2,900 Terlibat Rusuhan Bersenjata​

12082b2a557c7ddecef6efd9c205baea6a97d4da35b9a


Empat rakan masing-masing didenda RM2,900 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata parang, 13 Ogos lepas.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin turut memerintahkan R. Karthik, 33, R. Joseph Omar Shankar, 39, Pandian, 25, dan C. Visvaraj, 24, dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Mereka membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan,keempat-empat mereka didakwa mengambil bahagian dalam rusuhan menggunakan parang di Jalan Bukit Kemuning, Taman Sri Muda di sini pada 11 pagi, 13 Ogos lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amirah Zahari.

Ketika rayuan, Peguam Muhamad Saifullah Muhamad Azmi yang mewakili Karthik dan Omar Shankar manakala M. Partiben yang mewakili Pandian dan Visvara memohon dikenakan hukuman berbentuk denda terhadap anak guam mereka kerana keempat-empat tertuduh merupakan mangsa ketika kejadian itu.

Pada 14 Ogos lepas, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah dilaporkan berkata seorang lelaki warga tempatan cedera parah selepas dipercayai ditetak dengan parang dalam pergaduhan berhampiran stesen minyak di Jalan Bukit Kemuning, Sri Muda di sini pada 13 Ogos.

 
Empat lelaki masing-masing didenda RM2,900 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terlibat dalam rusuhan bersenjata di Jalan Bukit Kemuning, Sri Muda pada 13 Ogos lalu. Mereka didakwa mengambil bahagian dalam rusuhan menggunakan parang kira-kira jam 11 pagi pada hari kejadian.

Keempat-empat tertuduh memohon hukuman diringankan dengan alasan tindakan mereka dibuat untuk mempertahankan diri. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima bulan bagi setiap tertuduh sekiranya gagal membayar denda tersebut. Kesalahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #RusuhanBersenjata #ShahAlam
IMG_8811.jpeg
 
Back
Top
Log in Register