BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Ditetak Dalam Pergaduhan Di Klang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
b2919ca3c6a4f3baa1181b396d519ff96916efecee521

Datuk Shazeli Kahar

Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, Klang, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 11.10 malam.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa warga tempatan berusia 34 tahun ditetak sehingga menyebabkan kematian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohamed Shahrir Zabidi menerusi talian 012-6650 895 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.

 
sejak kblkgan ni.... kes bunuh makin menjadi kt klang... hampir tiap minggu ade kes bunuh kt klang... lain mcm klang skrg ni...

Klang not for human live wan
 
@Xploit Machine mohon update boss
Apa citer ni

dekat area kei 2CO Sentosa, port diorang duduk mabuk .. mabuk tu kat rumah la, sebelum mabuk pergi gaduh .. gang lain dah marking kat mana diorang mabuk pastu kena tetak je masa kurang waras ..

abaikan, kes terpencil 🤭
 
dua dua kongsi gelap gaduh

bila la kongsi2 gelap bodoh ni semua nak selesai ya ?

dari 2013 Ops Cantas berpuluh kene tembak mati , sampai sekarang tak settle lagi
 
Back
Top
Log in Register