Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Datuk Shazeli Kahar
Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, Klang, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 11.10 malam.
“Kejadian melibatkan seorang mangsa warga tempatan berusia 34 tahun ditetak sehingga menyebabkan kematian.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohamed Shahrir Zabidi menerusi talian 012-6650 895 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.
Lelaki Maut Ditetak Dalam Pergaduhan Di Klang
polis, pergaduhan, tetak, maut, Shazeli Kahar