hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki cedera parah ditetak adik
GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 65 tahun cedera parah ditetak adiknya dengan parang, dalam kejadian di rumah kebun buah-buahan di Paya Terubong, Air Itam, di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Katanya, difahamkan mangsa yang juga lelaki warga tempatan itu pergi ke tempat kejadian bagi melawat kebun durian.
“Mangsa mendapati pelbagai barangan di rumah kebun itu mengalami kerosakan dan mengesyaki perbuatan berkenaan dilakukan suspek.
“Mangsa kemudian menegur suspek berhubung kerosakan itu sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
“Semasa pertengkaran, suspek mengambil sebilah parang dan menetak mangsa tiga kali sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Polis kemudian menahan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun pada jam 6.30 petang hari sama di belakang rumah tempat kejadian dengan bantuan unit pengesan K-9.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Jun bagi siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.
Artikel Buletin Tv3