BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abang parah ditetak adik

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14257660393278437-406521.jpg

14257660393278437-406522.jpg

14257660393278437-406523.jpg

14257660393278437-406524.jpg

14257660393278437-406525.jpg

14257660393278437-406526.jpg


Abang parah ditetak adik


Georgetown: Lelaki berusia 65 tahun cedera ditetak adiknya dengan parang di sebuah rumah di kebun buah-buahan di Paya Terubong, Air Itam, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi diberi rawatan lanjut.


Katanya, difahamkan mangsa yang juga lelaki warga tempatan itu ke tempat kejadian bagi melawat kebun durian.

"Mangsa mendapati pelbagai barangan di rumah kebun itu mengalami kerosakan dan mengesyaki perbuatan berkenaan dilakukan suspek.

"Mangsa kemudian menegur suspek berhubung kerosakan itu sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.

"Semasa pertengkaran, suspek mengambil sebilah parang dan menetak mangsa sebanyak tiga kali sebelum melarikan diri dari lokasi itu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abdul Rozak berkata, hasil tindakan pantas polis, suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun ditahan jam 6.30 petang hari yang sama di belakang rumah tempat kejadian dengan bantuan unit pengesan K-9.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Jun bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register