BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32

WCE_1558420902.jpg

. .
 
jalan-raya.jpeg

Sebahagian penduduk membuat tinjauan di WCE yang dalam pembinaan bersama wakil JKR di Kampung Batu 15, Lekir kelmarin.

Penduduk mahu lebuh raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) ditambah baik​

  • Oleh KOSMO!
  • 19 Jun 2022, 9:05 am

LUMUT – Penduduk di lima buah kampung di sepanjang laluan tidak bertol Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang sedang dalam pembinaan mendesak kerajaan melakukan sesuatu kerana sudah tidak tahan melihat banyak nyawa melayang ekoran persekitaran yang tidak selamat.

Sejak pembinaan WCE, kira-kira 5,000 penduduk di Kampung Batu 14 dan Batu 15 Lekir, Kampung Tersusun Kayan, Kampung Ulu Kayan dan Parit Jerman mendakwa, mereka bukan sahaja sukar untuk menyeberang ke kawasan bertentangan, malah terpaksa memandu jauh untuk ke mana-mana destinasi.

Penduduk juga mendakwa, kesukaran timbul apabila terdapat penghadang konkrit yang dipasang sebagai pembahagi jalan.

Wakil penduduk, Mohd. Basari Hamid, 72, berkata, sebahagian besar penduduk Parit Jerman terpaksa memandu sejauh empat kilometer ke kawasan Sejagop, Kampung Gajah semata-mata untuk membuat pusingan U jika mahu ke Sitiawan, Seri Manjung atau Lumut.

“Keadaan itu menyebabkan ada ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama pada waktu petang kerana jauh. Bilangan jemaah di surau juga berkurangan dan mungkin akan tiada langsung kerana jemaah perlu berpusing jauh.

“Keadaan itu membahayakan nyawa penduduk terutama penunggang motosikal kerana sejak jalan baharu dibuat, kenderaan semakin laju,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan penduduk dengan wakil rakyat, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor di sini kelmarin.
​

Menurut Mohd. Basari, penduduk mencadangkan agar pusingan U tambahan dibuat berhampiran Parit Jerman.

Penduduk Batu 15, Mohd. Zawawi Mohd Yunus, 45, berkata, kemalangan maut sering berlaku di situ hingga ada yang menyifatkan laluan itu sebagai ‘kubur’.

“Banjir juga pasti akan berlaku kerana parit yang telah diperbesarkan kembali sempit ekoran pembinaan lebuh raya itu.

“Saya cadangkan supaya JKR dan kontraktor memasang lebih banyak papan tanda selain arah haluan sering berubah sehingga mengelirukan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al Khairiah Batu 14 Lekir, Osman Abdul Mutalib, 58, pula meminta supaya dibina laluan susur masuk dan lampu isyarat untuk memudahkan jemaah solat di masjid khususnya pada hari Jumaat.

“Keadaan sekarang amat berbahaya kerana selain terpaksa jalan jauh untuk membuat pusingan U, jalan itu amat sibuk dan kenderaan pula dipandu laju terutama pada hujung minggu dan musim cuti,” katanya.

Sementara itu, wakil JKR Putrajaya berkata, pihaknya mengambil maklum aduan penduduk tersebut.

“Laluan sepanjang sembilan kilometer yang bertujuan memendekkan perjalanan dari Lembah Klang ke utara itu mempunyai tiga jejantas dan dua pusingan U besar dan mematuhi teknik jalan dan Kajian Audit Keselamatan Jalan Raya.

“Ada cadangan yang tidak boleh dibuat tetapi mana yang boleh ditambah baik, kita akan cuba lakukan,” jelasnya.

Haha. Kenapa lah WCE tak dibuat jalan asing jer. Nak juga upgrade lalu jalan persekutuan kiri kanan dengan kampung
 
Boleh nak upgred jalan lama..tapi buat la tempat pusingan U banyak sikit...kiri kanan kg kot..
Jangan bertol sudah la...kalau nak buat tol, wajib kena buat jalan baru...
 
Kalau den better buat laluan asing. Siapa nak cepat lalu lebuhraya bertol, nak santai2 dan free lalu jalan persekutuan. Siapalah bagi idea WCE highway dia putus2 sampai kena ikut balik jalan persekutuan semula.
 
Itu la pasal dia putus2..igt dulu dia sambung terus..
 
Akhirnya struktur kedua Jambatan Sultan Yusof, Batu 5,Teluk Intan dibuka secara tidak rasmi pada peringkat fasa pertama lencongan trafik kepada pengguna Jalan Persekutuan FT005 antara Teluk Intan - Sitiawan.

Walau bagaimanapun, Ianya masih belum bersambung dengan Jajaran Lebuhraya West Coast Expressway (WCE).

.
Kredit: Ahmad Suhairi

Back
Top
Log in Register