puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,919
Top Poster #9
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,919
- Reaction score
- 7,417
- Points
- 481
dari bukit raja ni smpai mana yg dh siap? ada smpi teluk intan?
Bukit Raja sampai Kapar je yang dah siap.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

dari bukit raja ni smpai mana yg dh siap? ada smpi teluk intan?


P.U. (A) 14/2020 | PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (TAIPING-BANTING)) 2020 - Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 |




R&R tetap dibina tetapi berubah lokasi ke Sungai Air Tawar
SHAH ALAM, 14 JULAI: Pembinaan salah satu hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) diubah lokasinya ke Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
Dato’ Menteri Besar berkata perubahan tersebut dari lokasi asal di Taman Air Manis terpaksa dilakukan kerana kawasan itu akan dibina dengan beberapa bangunan.
“Bagaimanapun, R&R tetap dibina tetapi ia terletak di Sungai Air Tawar kerana sesuai dengan keperluan WCE,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Rizam Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Amirudin turut menjelaskan projek perumahan di Taman Air Manis, Pancang Bedena, Sabak Bernam dilaksanakan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
“Projek ini sedang dipulihkan dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu mereka menguruskan proses dokumentasi,” katanya.
Pada 7 Mei lalu, isu projek perumahan berkeluasan 10 hektar yang dirancang sejak 2011 itu dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bagi sesi pendengaran awam.
![]()
R&R tetap dibina tetapi berubah lokasi ke Sungai Air Tawar
SHAH ALAM, 14 JULAI: Pembinaan salah satu hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) diubah lokasinya ke Sungai Air Tawar,...selangorkini.my


upgrade dari jalan lama tanjung karang-sabak bernam hasil pikiran Noh Udang.Pembinaan WCE dijangka berdepan kelewatan
![]()
SHAH ALAM - Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Selangor bakal berdepan kelewatan susulan proses pengambilan tanah dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, berikutan itu, pihak pemaju meletakkan tempoh sasaran baharu bagi pelaksanaan projek itu yang dijangka siap pada tahun 2024.
Beliau berkata, pembinaan WCE di Selangor melibatkan tujuh pakej secara keseluruhan dan pembukaan lebuh raya itu juga akan dibuat secara berperingkat bagi memudahkan pengguna.
"Punca kelewatan adalah disebabkan oleh isu tanah yang berlaku di seksyen 1, 2 dan 3 sekitar Banting berkaitan beberapa lot tanah yang masih dalam proses penyelesaian.
"Jajaran seksyen 7 iaitu sekitar Tanjung Karang pula berlaku perubahan dan melambatkan pembinaan ini," katanya sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Izham berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Law Weng San (DAP-Banting) yang bertanyakan berhubung status terkini pembinaan Lebuhraya WCE khususnya di Kuala Langat.
Mengulas lanjut, Izham berkata, pemilik konsensi juga sentiasa dipantau oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan pembinaan lebuh raya itu dilaksanakan mengikut sasaran ditetapkan.
"Kita juga faham dan cuba beri perhatian semaksima mungkin untuk menggelakkan gangguan pada rumah penduduk sewaktu proses pengambilan tanah dilakukan.
"Tapi tak dinafikan kawasan terlibat juga adalah padat dan mungkin ada penduduk terlibat dalam proses itu, namun kita akan minimakan kesannya," katanya.
![]()
Pembinaan WCE dijangka berdepan kelewatan
SHAH ALAM - Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Selangor bakal berdepan kelewatan susulan proses pengambilan tanah dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.www.sinarharian.com.my
