BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM500,000 Perkasa Pendidikan Anak Muda Sungai Buloh - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih RM500,000 Perkasa Pendidikan Anak Muda Sungai Buloh - Ramanan​

69507d01749a0738e3a9b7b596ac10616a5a31ff08b5a

2be809e9ea4d43b61ef8740067d210056a9c123397182

a0602b3d44aa2af30c6e2fa3185c09d56a9c1206b1e7b

Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R Ramanan

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih RM500,000 disalurkan bagi menyokong sektor pendidikan di Parlimen Sungai Buloh, sekali gus memastikan kekangan kewangan tidak menjadi penghalang kepada anak muda untuk melanjutkan pengajian.

Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan berkata peruntukan itu merangkumi pelbagai inisiatif termasuk bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), program Back to School, bengkel motivasi, Hari Kecemerlangan, sokongan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pembangunan sekolah.

Beliau berkata setakat ini, seramai 308 pelajar dari kawasan Parlimen Sungai Buloh menerima Bantuan Awal Pengajian IPT membabitkan peruntukan keseluruhan RM113,500 bagi meringankan beban persediaan sebelum memulakan pengajian.

"Apabila anak menerima surat tawaran ke universiti, ibu bapa tentunya menjadi insan paling gembira dan bangga. Tetapi dalam kegembiraan itu, pasti ada juga kerisauan memikirkan yuran, keperluan pembelajaran, pengangkutan, tempat tinggal dan pelbagai perbelanjaan lain yang perlu disediakan.

"Soal pendidikan anak-anak Sungai Buloh sentiasa dekat di hati saya, bukan soal berapa besar atau kecil bantuan yang diberikan. Apa yang lebih penting, apabila seorang anak mendapat peluang untuk belajar, kita mesti berusaha memastikan kekangan kewangan tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia mengingatkan penerima bantuan supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang melanjutkan pengajian ke IPT untuk mengembangkan potensi diri dan meningkatkan kemahiran.

"Gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Masuk universiti bukan sekadar mengejar segulung ijazah. Inilah masanya untuk mencari ilmu, membina kemahiran, belajar berdikari dan mengenali potensi diri," katanya.

Beliau memberi jaminan usaha memperluas peluang pendidikan, latihan dan pembangunan kemahiran di kawasan berkenaan akan terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Ramanan turut meluangkan masa menyertai Karnival Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Care di Sungai Buloh yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kemasyarakatan kepada penduduk setempat.

 
Back
Top
Log in Register