BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 6,000 Sertai Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati, Badan Beruniform Ketua Menteri Melaka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 6,000 Sertai Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati, Badan Beruniform Ketua Menteri Melaka​

838c0a95e83497b3f8f0846324be33c36a5b853ecc5b0

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) bergambar bersama pasukan badan beruniform selepas menyempurnakan majlis pelancaran Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dan Kejohanan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2026 di Kem Terendak di sini hari ini.

Lebih 6,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk 16 pasukan badan beruniform menyertai Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dan Kejohanan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sambutan memberangsangkan terhadap penganjuran edisi kedua kejohanan itu membuktikan ia kini berkembang sebagai platform menyatukan masyarakat selaras dengan komitmen kerajaan negeri memperkasakan pembangunan sukan.

“Kerajaan negeri terus meletakkan pembangunan sukan sebagai agenda penting kerana sukan bukan sahaja membina kekuatan fizikal, malah melahirkan individu yang berdisiplin, mempunyai semangat kepimpinan dan mampu bekerja sebagai satu pasukan.

“Kejohanan ini bukan sekadar acara sukan, tetapi kini sedang berkembang menjadi tradisi baharu yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya ketika berucap melancarkan kejohanan itu di Kem Terendak di sini hari ini.

Hadir sama Panglima 3 Divisyen Kem Terendak Mejar Jeneral Sani S. Omar dan Panglima 10 Briged Para Mejar Jeneral Datuk Khairul Anwar Soib.

Ab Rauf berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.07 juta bagi menjayakan penganjuran dua kejohanan itu pada 2025 dan 2026 yang menjadi pelaburan untuk melahirkan masyarakat yang sihat, berdaya tahan serta bersatu.

Beliau berkata walaupun dua kejohanan itu melibatkan kategori peserta berbeza, matlamatnya sama, iaitu menjadikan sukan sebagai medan penyatuan, memperkukuh hubungan dan menyemarakkan semangat kebersamaan.

Beliau berkata Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dari hari ini hingga 26 Julai menghimpunkan hampir 4,000 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), pelajar, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) serta warga tentera.

“Kejohanan yang melibatkan 19 acara sukan ini menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat akar umbi, institusi pendidikan, generasi muda dan komuniti tentera,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register