combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lebih 29 Hektar Kebakaran Tanah Gambut Di Pengerang Berjaya Dipadamkan - Bomba
Lebih 29 hektar daripada 51.4 hektar kawasan tanah gambut yang terbakar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove di Pengerang, Kota Tinggi berjaya dipadamkan setakat 4 petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit Timbalan Penguasa Bomba II Baharuddin Idris berkata operasi pemadaman meliputi dua sektor dan dilaksanakan secara berterusan sejak kebakaran berlaku pada Isnin lepas.
"Operasi pemantauan dan pemadaman dilaksanakan secara berterusan 24 jam untuk memadam, mengawal dan menyekat kebakaran daripada merebak," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata berdasarkan status semasa, operasi pemadaman dan fire break di sektor A hanya berbaki kira-kira 21 hektar, manakala sektor B telah berjaya dipadamkan hampir sepenuhnya.
Baharuddin berkata pesawat bagi membantu operasi pemadaman yang diluluskan Pusat Gerakan Operasi Udara (PGOU) telah terbang pada 2.30 petang tadi.
Beliau berkata secara keseluruhan 36 anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (9), Ranhill SAJ (14), Jabatan Alam Sekitar (2) dan Majlis Perbandaran Pengerang (3) terlibat dalam operasi berkenaan.