BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Tanah Gambut Di Daro Berjaya Dipadam Sepenuhnya - Bomba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0bd76c55b3dd52503b100593636c3e4069cfce7517f56

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak

Operasi memadam kebakaran tanah gambut seluas kira-kira 75 hektar di Kampung Penasu, Daro yang memasuki hari kelapan hari ini ditamatkan sepenuhnya 6 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan malam ini memaklumkan langkah itu diambil hasil perbincangan bersama ahli jawatankuasa kampung serta pengurusan ladang selepas kebakaran di tiga sektor yang bermula 27 Mac telah padam sepenuhnya.

"Tiada lagi api yang merebak memandangkan perimeter kawasan tersebut telah dibuat ‘fire break’ melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak yang telah dibesarkan oleh pihak ladang.

“Sebanyak 24 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman tersebut dan turut dibantu 10 pekerja dari Ladang Daro Jaya Estate serta enam penduduk Kampung Penasu,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sarawak memaklumkan pihak pengurusan ladang bersama penduduk kampung akan terus melakukan pemantauan sekiranya terdapat kebakaran semula.

 
Back
Top
Log in Register