BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 2,000 Penduduk Kampung Chuchoh Puteri A Nikmati Bekalan Air Bersih Selepas Tiga Dekad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 2,000 Penduduk Kampung Chuchoh Puteri A Nikmati Bekalan Air Bersih Selepas Tiga Dekad​

1f45d0892fb396f31feac6adac17516c6a8017e650fc0

513a719a299f6d9bab28c667c31156f86a80181c5d6cb

61d635cd9c4101113c78ba30282b94bf6a8017b31ede2

Penghulu Mukim Chuchoh Puteri, Zakri Zakaria mengambil air bersih daripada tangki penyimpanan selepas perasmian Projek Air Bersih 2026 Zurich Takaful di Kampung Chuchoh Puteri A.


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih 2,000 penduduk Kampung Chuchoh Puteri A, di sini kini menikmati bekalan air bersih selepas lebih tiga dekad bergantung pada sistem bekalan air graviti yang bersumberkan anak sungai berhampiran untuk kegunaan harian, pertanian dan penternakan.

Program air bersih sumbangan Zurich Takaful menerusi tanggungjawab zakat korporat (CZR) itu melibatkan penambahbaikan struktur sistem bekalan air, penggantian paip lama yang rosak, dan pemasangan dua unit tangki berkapasiti 5,000 gelen.

Pengerusi Zurich General Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah berkata program air bersih di kampung berkenaan dilaksanakan bagi membantu komuniti yang sekian lama berdepan dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih.

“Sebagai penyedia perlindungan takaful, kami berbesar hati dapat menyalurkan sumbangan wakalah zakat melalui inisiatif yang memberikan manfaat nyata dan berpanjangan. Kami berharap kemudahan ini dapat memperkukuh kesejahteraan penduduk di sini,” katanya pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Program Air Bersih Kampung Chuchoh Puteri A, di sini hari ini.

Sementara itu, Penghulu Mukim Chuchoh Puteri, Zakri Zakaria berkata pertambahan penduduk dan pembinaan rumah baharu menyebabkan sistem berkenaan tidak lagi mampu memenuhi keperluan semasa.

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan tekanan air yang rendah, kawasan tadahan yang terhad serta paip lama yang uzur dan kerap bocor.

“Ketika musim kemarau, aliran air menjadi semakin perlahan dan ada kalanya tidak sampai ke kediaman penduduk, sekali gus menjejaskan kehidupan harian serta aktiviti ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui Bernama di kampung berkenaan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Islamic Aid Malaysia Zawahir Abdullah berkata selaku badan bukan kerajaan (NGO) pelaksana, program (CZR) Zurich Takaful itu turut melibatkan sistem penapisan air berteknologi membran sintetik yang ditambah baik, selain kerja menaik taraf sistem perpaipan sepanjang hampir lima kilometer dari sumber air ke tangki simpanan dan seterusnya ke rangkaian paip utama.

“Rumah pam turut dibina bagi menyalurkan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan harian penduduk serta aktiviti pertanian,” katanya sambil memaklumkan projek tersebut bermula pada Jun lepas.

 
Back
Top
Log in Register