BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 1,500 Penduduk Di Kampung Telosan Nikmati Manfaat Projek Air Bersih

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5a8ed76639538569ed151791bf13b29668bc3392c8c27

a0ba4ae2ceb6467404012555ef03a1d968bc351e9dbfc

Foto: Etiqa

Lebih 1,500 penduduk di sekitar Kampung Telosan di sini akhirnya menikmati bekalan air bersih menerusi Projek Air Bersih Untuk Komuniti, iaitu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Etiqa dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM).

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Ab Halim berkata penduduk sebelum ini hanya bergantung kepada sistem bekalan air graviti dari Bukit Tongkat yang tidak lagi mampu menampung peningkatan permintaan.

“Kawasan tadahan yang kecil, paip polivinil klorida dan polipropilena yang uzur, kerap bocor serta tekanan air yang rendah terutamanya ketika musim kemarau menyebabkan banyak rumah dan kawasan pertanian terjejas.

“Kekurangan ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian, malah memberi kesan terhadap sumber rezeki utama penduduk yang bergantung kepada pertanian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zafri berkata bagi mengatasi masalah itu, projek naik taraf sistem air ini merangkumi dua unit tangki air polietilena berketumpatan tinggi berkapasiti 3,000 gelen setiap satu, penggantian dan sambungan paip sepanjang 3.5 kilometer, sistem penapisan air berasaskan membran sintetik dan penambahbaikan struktur muka sauh baharu.

“Projek ini turut dilaksanakan dengan semangat gotong-royong bersama sukarelawan IAM dan penduduk kampung. Selain rumah kediaman, kemudahan awam seperti masjid, madrasah, klinik dan Pusat Asuhan Tunas Islam turut menerima manfaat daripada sistem baharu ini,” katanya.

Presiden IAM Zawahir Abdullah berkata inisiatif itu bukan sahaja menyediakan akses kepada air bersih yang meningkatkan kualiti hidup penduduk, malah kerjasama seperti ini memberi impak yang positif dan berkekalan kepada komuniti.

 
Back
Top
Log in Register