BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 1,200 Calon SPM Kuala Kedah Nikmati Tuisyen Percuma

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Lebih 1,200 Calon SPM Kuala Kedah Nikmati Tuisyen Percuma​

4cf18d83d2a6d7e74c8972dd2ee600536a8e4e2386fd7

Ketua Pegawai Eksekutif ITTV Education Sdn Bhd, Boon Tan (dua, kiri) menyerahkan Baucar Tuisyen Online SPM 2026 kepada Timbalan Pengerusi Sahabat Madani Kuala Kedah, Shambaki Yahaya (dua, kanan) sambil disaksikan Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Romli Ishak (tengah) pada Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Majlis Maulidur Rasul Sahabat Madani Parlimen Kuala Kedah di PDM Kota Rentang, hari ini.

Lebih 1,200 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Parlimen Kuala Kedah mendapat manfaat tuisyen dalam talian secara percuma sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu November ini.

Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden PKR Datuk Romli Ishak berkata pogram berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama Sahabat MADANI Parlimen Kuala Kedah dengan sebuah syarikat swasta.

"Inisiatif berkenaan memberi peluang kepada semua pelajar untuk mendapatkan akses pembelajaran berkualiti tanpa perlu menanggung kos tuisyen yang tinggi.

"Kalau di luar, kosnya mahal dan boleh mencecah lebih RM2,000 setahun untuk seseorang pelajar mengikuti tuisyen dalam talian. Jadi, kita mahu pelajar menggunakan peluang ini sebaik mungkin, terutama kerana SPM semakin hampir," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kelebihan platform dalam talian ialah pelajar boleh mengikuti pembelajaran dari rumah pada bila-bila masa, sekali gus membantu keluarga yang berdepan kekangan kewangan atau tinggal jauh dari pusat tuisyen.

Romli berkata pelajar hanya memerlukan sambungan Internet yang baik untuk mengakses kelas tanpa perlu keluar rumah atau mengeluarkan kos tambahan untuk perjalanan.

"Ini juga soal pembangunan modal insan. Kita mahu rakyat Kedah membangun dengan ilmu kerana pendidikan merupakan elemen penting dalam mencorak kejayaan dari aspek ekonomi dan sosial.

"Masih ada kira-kira tiga bulan untuk mereka membuat pecutan terakhir dan meningkatkan penguasaan dalam setiap subjek," katanya.

Menurutnya, program itu turut menawarkan pembelajaran secara interaktif kerana pelajar boleh berkomunikasi dengan guru dan boleh terus mengemukakan pertanyaan jika tidak memahami sesuatu topik atau soalan.

 
Back
Top
Log in Register