BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 112,000 Peneroka FELDA Bakal Nikmati Perlindungan Sosial Perkeso

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 112,000 Peneroka FELDA Bakal Nikmati Perlindungan Sosial Perkeso​

39837b5fcb548ae522a2678badde76ad6aa269608ac74

FELDA Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir (tengah) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara FELDA yang diwakili Pengarah Besar FELDA Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman (tiga, kiri) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga, kanan) di Menara FELDA di sini hari ini.

Lebih 112,000 peneroka bakal menikmati manfaat perlindungan sosial menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dimeterai hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerjasama itu antara lain melibatkan usaha memperluas perlindungan kepada peneroka yang dikategorikan sebagai golongan bekerja sendiri.

“Kerajaan memberikan geran sebanyak 70 peratus kepada mereka yang bekerja sendiri. Peneroka ini kami anggap bekerja sendiri. Jadi, mungkin kami dapat panjangkan perlindungan kepada semua peneroka.

“Jika berlaku kemalangan, kecederaan, kematian dan sebagainya, mereka serta keluarga mereka terjamin dari segi gantian pendapatan,” katanya selepas majlis menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini.

Selain perlindungan kepada peneroka, MoU itu merangkumi pendaftaran dan caruman Perkeso bagi semua anggota atau petugas FELDA serta subsidiarinya dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai produk Lindung 24 Jam.

Mohammed Azman berkata kerjasama berkenaan juga memberi tumpuan kepada anak-anak peneroka menerusi penyediaan peluang pekerjaan dengan memanfaatkan portal MYFutureJobs di 317 tanah rancangan dan pejabat rancangan FELDA.

“FELDA mempunyai 317 tanah rancangan dan pejabat rancangan. Kami akan letakkan portal MYFutureJobs. Jadi, mereka boleh mendaftar dan kami boleh membantu mereka mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu turut merangkumi aspek sinergi sosial bagi membantu warga FELDA mendapatkan bantuan berkaitan tuntutan Perkeso serta khidmat daripada rakan-rakan strategik agensi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Besar FELDA Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman berkata komuniti peneroka FELDA kini melibatkan lebih tiga juta orang.

 
Back
Top
Log in Register