BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Latihan bersenjata di Stadium Hang Jebat, orang ramai usah panik

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201

14108319769451165-344742.jpg

14108319769451165-344743.jpg


Latihan bersenjata di Stadium Hang Jebat, orang ramai usah panik



MELAKA: Orang ramai di sekitar Stadium Hang Jebat di sini, dikejutkan dengan kemunculan beberapa individu lengkap senjata melakukan ‘tangkapan’ di tepi jalan.

Kejadian itu menyebabkan ada pemandu kenderaan berhenti mengejut dan penunggang motosikal membuat pusingan U kerana menyangka berlaku kejadian jenayah.

Keadaan bertambah kecoh selepas video berdurasi 45 saat memaparkan aksi itu tular di WhatsApp dan TikTok hingga mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit bagaimanapun menjelaskan rakaman itu bukan kejadian sebenar, sebaliknya latihan penyelamatan orang kenamaan (VIP) dijadikan tebusan yang dijalankan sekitar jam 6.30 petang semalam.


Menurutnya, latihan itu merangkumi pergerakan konvoi, pengiring VIP, kawalan keselamatan dan simulasi ancaman di beberapa lokasi tumpuan termasuk Ayer Keroh, Bandar Hilir, Klebang dan Sungai Udang.

“Sepanjang latihan, kenderaan beriben hijau serta anggota memakai pas pengenalan kelabu dan MyTentera akan berada di kawasan awam bagi tujuan pengesahan.

“Antara kenderaan digunakan termasuk kereta Perodua Myvi, Honda City, Proton Saga, Perodua Bezza, Perodua Ativa, Toyota Noah serta beberapa motosikal Yamaha dan Honda,” katanya.

Christopher berkata, polis sentiasa membantu memastikan latihan dijalankan dalam keadaan selamat dan tidak mengganggu ketenteraman awam, selain menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika terserempak konvoi bersenjata atau terdengar bunyi tembakan kosong.

Artikel : Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register