BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita panik, lebah kerumun cermin kereta

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201



Wanita panik, lebah kerumun cermin kereta


PETALING JAYA – Seorang wanita cemas apabila sekumpulan lebah memilih keretanya yang diletakkan di tempat letak kenderaan sebagai ‘rumah baharu’.


Katanya, dia berasa terkejut apabila mendapati cermin sisi pemandu dikerumuni ratusan ekor lebah sehingga membentuk sarang yang besar.

“Dalam banyak-banyak kereta, kereta aku juga dia nak buat sarang. Tiba-tiba aku jadi panik dan tidak tahu nak buat apa. Nasib baik abang polis ada. Dia tolong telefon (hubungi) pihak berkuasa untuk bantu.

“Aku tinggalkan kereta, ingat nak tunggu bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang selesaikan tapi esok syif pagi, aku balik dululah,” ujarnya.


“Tapi ada juga dua tiga ekor lebah yang terbang di kawasan kereta aku (ketika) ini. Kena pergi cuci kereta sekejap lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan kebimbangan dengan kejadian yang berlaku.

“Sepatutnya jangan bakar, lagi bagus kalau pihak penyelamat lebah (bee saviour) dipanggil untuk memindahkan serangga tersebut dengan selamat kerana ia penting untuk ekosistem makanan,” cadang Ruhilrosly.

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register