BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sebelas lelaki terlibat rusuhan bersenjata ditangkap

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Sebelas lelaki terlibat rusuhan bersenjata ditangkap


MIRI: Sebelas lelaki tempatan termasuk seorang pelajar yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di kawasan Miri Waterfront di sini, awal pagi semalam berjaya ditangkap polis selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Kesemua suspek yang berusia antara 16 hingga 26 tahun itu kini sedang direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 6 November ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian yang berlaku sekitar jam 2.05 pagi, 2 November lalu yang melibatkan sekumpulan individu yang bertindak ganas menggunakan pelbagai jenis senjata.

“Dalam kejadian itu, seorang lelaki tempatan cedera dan telah menerima rawatan di Hospital Miri.

"Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas pelbagai jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan sebagai barang kes.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan merusuh.

Sehubungan itu, Farhan menasihati orang ramai supaya tidak menularkan video atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Mereka yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di talian 085-433730 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Zulaikha Mohd Anuar di talian 010-7975445,” ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 1.01 minit yang tular di media sosial itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang awam.

oleh
Rosemaria Buma

Artikel : Utusan Borneo
 
Miri dan Sibu
Area Foochow
Chan Ho Nam versi Borneo
Siapa pernah kerja petronas kat sini tahu lah
 
Back
Top
Log in Register