BTC USD 86,036.2 Gold USD 4,187.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Isbal

Makna Isbal:
Melabuhkan hujung kain, seluar atau jubah ke bawah buku lali.

Hukum:
Makruh jika tiada niat dengan kesombongan. Haram sekiranya dengan niat atau sikap sombong.

- Daripada Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW: Siapa memakai pakaian yang berjela-jela (terlalu panjang), maka Allah SWT tidak memandangnya di akhirat kelak. (Riwayat Muslim).

- Merujuk pada Kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah, ada dinyatakan bahawa: Disunatkan pada lengan baju memanjangkannya sampai kepada pergelangan tangan dan pada hujung kain sampai kepada separuh betis. Makruh melebihi buku lali dan haram dengan niat sombong.

- Berkata Al-Nawawi dalam al-Raudhah : Haram memanjangkan pakaian melebihi dua buku lali dengan kesombongan dan makruh dengan tanpa kesombongan. Tiada beza yang demikian ini sama ada dalam solat atau selainnya.

Wallahualam

sumber ilmu: http://www.muftiselangor.gov.my/ibadat#faqnoanchor
 
Hukum melabuhkan pakaian hingga di bawah buku lali:

Pertama: Disertakan dengan sombong

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret pakaianya dalam keadaan sombong.” (HR. Muslim no. 5574).

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada 3 golongan yang tidak diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat nanti, tidak dipandang, dan tidak disucikan serta bagi mereka siksaan yang pedih.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut 3 kali perkataan ini. Lalu Abu Dzar berkata, “Mereka sangat celaka dan rugi. Siapa mereka, Ya Rasulullah?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Mereka adalah orang yang isbal, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR. Muslim no. 306).

Kedua: Melabuhkan pakaian di bawah buku lali tanpa sombong

Dari Abu Huroiroh radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kain yang berada di bawah buku lali itu berada di neraka.” (HR. Bukhari no. 5787)

Dari hadis-hadis di atas terdapat 2 bentuk melabuhkan pakaian. Yang pertama melabuhkan pakaian di bawah buku lali (isbal) dengan sombong. Hukuman untuk ini sangat berat iaitu Allah tidak akan berbicara dengannya, juga tidak akan melihatnya dan tidak akan disucikan serta baginya azab (siksaan) yang pedih.

Yang ke-2 adalah melabuhkan pakaiannya tanpa sombong. Maka ini juga dibimbangi termasuk dosa besar kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengancam perbuatan ini dengan neraka.

Huraian hadis:

Hukum 2 perbuatan ini berbeza. Tidak boleh kita membawa hadis dari Abu Huroiroh pada ke hadis dari Ibnu Umar pada yang pertama kerana hukum masing-masing berbeza.

Bahkan ada sebuah hadis dari Abu Sa’id Al Khudri yang menjelaskan 2 perbuatan ini membezakan hukum masing-masing:

“Pakaian seorang muslim [lelaki] adalah hingga setengah betis. Tidaklah mengapa jika diturunkan antara setengah betis dan dua buku lali. Jika pakaian tersebut berada di bawah buku lali maka tempatnya di neraka. Dan apabila pakaian itu diseret dalam keadaan sombong, Allah tidak akan melihat kepadanya (pada hari kiamat nanti).”
(HR. Abu Daud no. 4095. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Al Jami’ Ash Shogir, 921)

Jika kita perhatikan hadis diatas, jelas bahawa hukum untuk perbuatan pertama dan kedua berbeza. Tanpa sombong: Neraka. Dengan sombong: Allah tidak akan melihat kepadanya.

Sebahagian ulama berpendapat, jika melabuhkan pakaian tanpa sombong maka hukumnya makruh kerana menganggap hadis Abu Huroiroh yang kedua dapat dibawa ke hadis Ibnu Umar yang pertama. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan melabuhkan pakaian di bawah buku lali sehingga mendapat ancaman (siksaan) adalah yang melabuhkan pakaian dengan sombong. Jika tidak dilakukan dengan sombong, hukumnya makruh.

Namun, pendapat ini kurang tepat. Jika kita melihat dari hadis-hadis yang ada menunjukkan bahawa hukum masing-masing adalah berbeza. Jika hal ini dilakukan dengan sombong, hukumannya sendiri. Jika dilakukan tidak dengan sombong, maka kembali ke hadis mutlak yang menunjukkan adanya ancaman neraka. Jadi, yang melabuhkan pakaian dengan sombong ataupun tidak, tetap mendapat hukuman.

Wallahu a’lam .
 
Waktu solat aku lipat seluar atas buku lali...

Kerja tak boleh la,tapi tak niat ujub,riak,takbur...InsyaAllah...
 
Waktu solat aku lipat seluar atas buku lali...

Kerja tak boleh la,tapi tak niat ujub,riak,takbur...InsyaAllah...

majoriti terpaksa ikut trend yg dicipta oleh pihak barat.

mmg betul dah tu time solat kena lipat seluar...nanti xpasal2 'ditegur' oleh Rasullullah SAW. time solat pon disuruh berhenti:

Dari Abu Hurairah R.A. dia berkata: Pernah seorang solat dengan melabuhkan kain sarungnya (sampai ke tanah), tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya: "Pergilah kamu berwuduk!". Maka orang itu pergi berwuduk, kemudian datang kembali. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Pergilah berwuduk!". Maka dia pergi lagi berwuduk. Setelah dia datang lagi, berkatalah seseorang kepada beliau: "Wahai Rasulullah! Mengapa engkau perintah agar dia berwuduk?" Beliau bersabda: "Dia telah mengerjakan solat, sedangkan dia melabuhkan kain sarungnya (sampai ke tanah). Dan Allah benar-benar tidak menerima solat seseorang yang melabuhkan kain sarungnya".

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0609
 
Dr keempat2 mazhab utama dlm Islam, ader x mana2 mazhab yg kater x sah solat jika kain/seluar dibwh drpd paras buku lali???...
 
Last edited:
Dr keempat2 mazhab utama dlm Islam, ader x mana2 mazhab yg kater x sah solat jika kain/seluar dibwh drpd paras buku lali???...

xde kaitan dgn sah x sah solat. cuma nabi SAW tegur sbb xde pahala kerana solat dlm keadaan Allah murka
 
xde kaitan dgn sah x sah solat. cuma nabi SAW tegur sbb xde pahala kerana solat dlm keadaan Allah murka

Klu betul qjjl SWT murka krn kain terlalu labuh & itu menunjukkan kesombongan, kenapa kena ambik wudhu semula plak, aderkah berwudhu akan menjdkan seseorg lbh tawadhu??? Krn yg pasti kain labuh semata2 & sombong x membtlkan solat atau wudhu...

Lg satu, kenapa Baginda Nabi Muhammad SAW x bg tau jer directly, masalahnya bkn pd solat & wudhu' yg x sah atau pd kain yg labuh, tp pd perasaan sombong si pemakai kain labuh?? ?...

Lg pon hadis tuh x sebut lgsg berkenaan perasaan sombong atau qjjl SWT murka, cuma sebut ttg solat dgn kain labuh kena ambik wudhu semula krn qjjl SWT x terima, tuh sbb sy tanya sama ada solat dgn kain labuh x sah...

Bkn nak persoalkan pendpt sdr, tp nak minta penjlsan semata2...
 
Sy x tahu hikmah disebaliknya. kena kaji hadis tu. bila berlaku, siapa yg ditegurnya, sifat org yg ditegur atau mungkin nabi SAW dah byk kali tegur dia seblum ni atau mungkin lain2 sbb. pendek kata kena kaji huraian hadis tu. insyallah boleh jelas kenapa nabi SAW xtegur direct.

cuma apa yg sy tahu bila nk ambik wuduk kena angkat kain.
 
Larangan isbal tetap larangan dari Allah, terpakai selagi kamu katakan kamu muslim.
 
Sy x tahu hikmah disebaliknya. kena kaji hadis tu. bila berlaku, siapa yg ditegurnya, sifat org yg ditegur atau mungkin nabi SAW dah byk kali tegur dia seblum ni atau mungkin lain2 sbb. pendek kata kena kaji huraian hadis tu. insyallah boleh jelas kenapa nabi SAW xtegur direct.

cuma apa yg sy tahu bila nk ambik wuduk kena angkat kain.

Setuju, mmg kajian lanjut ttg hadis tuh sgt2 diperlukan & sbb tuh jg sy krg setuju jika hadis tuh dianggap sebgi dalil yg jls bg lrgan isbal...

Apa pon masa ambik wudhu mmg kena angkat kain sket klu x nak kain bsh...

Terima kasih atas penjlsn setkt nih...
 
Back
Top
Log in Register