BTC USD 84,796.9 Gold USD 4,153.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Isbal

Bersama-samalah kita beringat bagi yang muslimin.
 
Melabuhkan pakaian hingga di bawah mata kaki


Ada 2 bahagian hadis sebagaimana pembahagian Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rahimahullah dalam kitab beliau Syarhul Mumthi’ pada Bab Satrul ‘Awrot. :

Pertama: Melabuhkan pakaian di bawah mata kaki dengan sombong

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret pakaianya dalam keadaan sombong.” (HR. Muslim no. 5574).

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma juga, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya orang yang menyeret pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” (HR. Muslim no. 5576)

Masih banyak lafazh yang serupa dengan dua hadits di atas dalam Shohih Muslim.

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada 3 orang yang tidak diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat nanti, tidak dipandang, dan tidak disucikan serta bagi mereka siksaan yang pedih.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut 3 kali perkataan ini. Lalu Abu Dzar berkata, “Mereka sangat celaka dan merugi. Siapa mereka, Ya Rasulullah?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
“Mereka adalah orang yang isbal, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR. Muslim no. 306).
Orang yang isbal (musbil) adalah orang yang menjulurkan pakaian atau celananya di bawah mata kaki.


Kedua: Melabuhkan pakaian di bawah mata kaki tanpa sombong

Dari Abu Huroiroh radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Kain yang berada di bawah mata kaki itu berada di neraka.” (HR. Bukhari no. 5787)

Dari hadits-hadits di atas terdapat 2 bentuk melabuhkan pakaian. Yang pertama melabuhkan pakaian di bawah mata kaki (isbal) dengan sombong. Hukuman untuk ini sangat berat iaitu Allah tidak akan berbicara dengannya, juga tidak akan melihatnya dan tidak akan disucikan serta baginya azab (siksaan) yang pedih. Bentuk pertama ini termasuk dosa besar.

Yang ke-2 adalah apabila seseorang melabuhkan pakaiannya tanpa sombong. Maka ini juga dibimbangi termasuk dosa besar karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengancam perbuatan ini dengan neraka.

Perhatikan hukum dua perbuatan ini berbeza. Tidak boleh kita membawa hadits muthlaq dari Abu Huroiroh pada yang kedua ke hadits muqoyyad dari Ibnu Umar pada yang pertama karena hukum masing-masing berbeza.

Bahkan ada sebuah hadits dari Abu Sa’id Al Khudri yang menjelaskan dua perbuatan ini membezakan hukum masing-masing:

“Pakaian seorang muslim adalah hingga setengah betis. Tidaklah mengapa jika diturunkan antara setengah betis dan dua mata kaki. Jika pakaian tersebut berada di bawah mata kaki maka tempatnya di neraka. Dan apabila pakaian itu diseret dalam keadaan sombong, Allah tidak akan melihat kepadanya (pada hari kiamat nanti).” (HR. Abu Daud no. 4095. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Al Jami’ Ash Shogir, 921)

Jika kita perhatikan dalam hadits ini, jelas bahawa hukum untuk perbuatan pertama dan kedua berbeza.

Sebahagian ulama ada yang berpendapat bahwa jika melabuhkan pakaian tanpa sombong maka hukumnya makruh karena menganggap bahwa hadits Abu Huroiroh yang kedua dapat dibawa ke hadits Ibnu Umar yang pertama. Maka berarti yang dimaksudkan dengan melabuhkan pakaian di bawah mata kaki sehingga mendapat ancaman (siksaan) adalah yang melabuhkan pakaian dengan sombong. Jika tidak dilakukan dengan sombong, hukumnya makruh. Hal inilah yang dipilih oleh An Nawawi dalam Syarh Muslim dan Riyadhus Shalihin, juga merupakan pendapat Imam Syafi’i serta pendapat ini juga dipilih oleh Syaikh Abdullah Ali Bassam di Tawdhihul Ahkam min Bulughil Marom [semoga Allah merahmati mereka].

Namun, pendapat ini kurang tepat. Jika kita melihat dari hadits-hadits yang ada menunjukkan bahwa hukum masing-masing adalah berbeza. Jika hal ini dilakukan dengan sombong, hukumannya sendiri. Jika dilakukan tidak dengan sombong, maka kembali ke hadits mutlak yang menunjukkan adanya ancaman neraka. Jadi, yang melabuhkan pakaian dengan sombong ataupun tidak, tetap mendapat hukuman.

Wallahu a’lam .
 
- Dari Hudzaifah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW memegang betis kaki ku atau betis kaki baginda dan baginda bersabda: "Ini adalah batas akhir sarung [pakaian]. Kalau kamu tidak mahu, maka batas akhir sarung adalah lebih bawah (daripada betis kaki). Jika kamu tidak mahu maka tiada hak bagi sarung untuk menutupi dua mata kaki."
Hadis hasan sahih. Ia juga diriwayatkan oleh Syu'bah dan Ats-Tsauri dari Abi Ishaq.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1843.

-Dari Al-Mugfairah bin Syu'bah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Ya Sufyan bin Sahl, janganlah kamu melepaskan sarung di bawah mata kaki. Sebab sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melepaskan sarungnya di bawah mata kaki".
Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis ini sahih. Para perawinya terpercaya/tsiqat.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3574.


“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” (Qs. At Taghabun: 12).
 
Last edited:
Larangan Isbaal melabuhkan pakaian
USTAZ IDRIS SULAIMAN

DEFINISI ISBAAL

Menurut Bahasa Arab: Labuh dan panjang (Lisaan Al-Arab, 6/163). Menurut istilah syarak: Melabuhkan pakaian dan memanjangkannya sehingga melebihi had yang telah ditetapkan syarak (Al-Isbaal oleh Dr Saad Al-Khathlaan).

Ini bererti isbaal boleh terjadi dalam apa jua bentuk pakaian; jubah, sarung, seluar, baju, serban dan sebagainya. Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW: “Isbaal dalam kain (sarung), baju dan serban; barang siapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong ALLAH tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” (Sahih - Abu Daud)

Berkata Ibnu Hajar: “Berkata Al-Tabari: Dalam nas disebut izaar (kain) kerana kebanyakan mereka pada zaman Rasulullah SAW memakai izaar dan ridaa’ (jubah). Maka apabila masyarakat mula memakai baju dan seluar; hukumnya adalah hukum izaar daripada sudut pantang-larangnya.” (Fathulbari, 10/262)

Larangan isbaal

Adapun pakaian seperti jubah, kain, seluar dan seumpamanya; apa yang melebihi bawah buku lali adalah isbaal manakala apa yang sampai ke buku lali atau di atas buku lali tidak termasuk dalam isbaal. Sebagaimana sabda Nabi SAW: “Apa yang di bawah kedua buku lali daripada kain adalah dalam neraka.” (Riwayat Bukhari)

Juga sabda Baginda SAW: “Kain seorang mukmin adalah sehingga pertengahan kedua betisnya; tidak ada halangan buatnya untuk sampai di antara pertengahan betisnya dan kedua buku lalinya; apa jua di bawahnya adalah dalam api neraka.” (Sahih - Riwayat Abu Daud). Ini adalah bagi golongan lelaki secara khasnya.

Adapun bagi kaum wanita, dalam riwayat Ibnu Omar RA, dia berkata: “Sabda Nabi SAW, “Barang siapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong ALLAH tidak akan melihatnya pada hari kiamat kelak.” Berkata Umm Salamah RA: Bagaimana wanita menguruskan bahagian bawah jubahnya? Jawab Baginda, “Labuhkan ia sebanyak sejengkal.” Kata Umm Salamah: Kalau begitu akan ternampak kakinya. Jawab Baginda, “Maka labuhkan sebanyak sehasta dan jangan lebih daripada itu.” (Sahih - Riwayat Imam Tirmizi)

Walaupun ada yang menganggap bahawa larangan isbaal adalah khas buat lelaki tetapi hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa wanita juga termasuk dalam larangan ini. Cuma terdapat perbezaan dari sudut had labuh pakaian antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, isbaal adalah di bawah kedua buku lali manakala wanita adalah apa yang melebihi sehasta dari kedua buku lalinya.

Isbaal kerana sombong atau tidak sombong?

Para ulama telah sepakat dalam pengharaman isbaal jika sekiranya ia adalah kerana sombong. Adapun kalau bukan kerana sombong, para ulama berbeza pendapat dan sebahagian mereka turut mengharamkannya juga.

Pendapat mereka ini disokong hadis Huzaifah bin Al-Yaman RA di mana Rasulullah SAW menyatakan “Ini adalah batas kain” sambil mengisyaratkan kepada pertengahan betis. Lalu Baginda menyatakan, “Sekiranya engkau berdegil maka di bawahnya dan sekiranya engkau berdegil juga maka tidak ada hak bagi kain untuk dilabuhkan lebih dari bawah kedua buku lali.” (Sahih - Riwayat Tirmizi)

Baginda jelas tidak membenarkan pakaian dilabuhkan lebih daripada bawah buku lali tanpa menyebut sama ada kerana sombong atau tidak. Maka ini menunjukkan bahawa larangan isbaal adalah umum tidak terikat dengan sifat sombong.

Perkara ini dijelaskan lagi dalam hadis Baginda SAW: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala tidak melihat orang yang mengisbalkan kainnya.” (Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW: “3 golongan yang ALLAH tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka, tidak akan memuji mereka dan bagi mereka azab seksa yang pedih; orang yang isbaal, pengadu domba dan orang yang menjual barangannya dengan sumpah yang palsu.” (Riwayat Muslim)

FAQ:

1) Hadis larangan isbaal secara umum telah dikhaskan oleh hadis yang melarang isbaal kerana sombong. Maka isbaal hanya haram jika ia dilakukan kerana sombong?

Jawapan: Keumuman hadis larangan isbaal tidak boleh dikhaskan dengan hadis yang mengaitkan larangan isbaal dengan sifat sombong. Keumuman larangan isbaal seperti dalam hadis, “Apa yang di bawah kedua buku lali dari kain adalah dalam neraka” tidak boleh dianggap sebagai nas mutlak yang dikhaskan oleh hadis, “Barang siapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong…”

Ini kerana Nabi SAW telah menghimpunkan antara kedua-dua bentuk isbaal kerana sombong dan tanpa sombong dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Saeed Al-Khudari RA di mana Nabi SAW bersabda:

“Kain seorang mukmin adalah sehingga pertengahan kedua betisnya; tidak ada halangan buatnya untuk sampai antara pertengahan betisnya dan kedua buku lalinya; apa jua di bawahnya adalah dalam api neraka; dan ALLAH tidak akan melihat pada hari kiamat mereka yang enarik (melabuhkan) kainnya kerana sombong.” (Sahih- Riwayat Abu Daud)

Maka sama ada kerana sombong atau tidak kedua-duanya adalah haram. Cuma sebagaimana dalam hadis di atas, dapat difahami bahawa dosa mereka yang isbaal kerana sombong adalah lebih berat berbanding mereka yang tidak sombong.

2) Isbaal hanya dilarang ketika solat?

Jawapan: Larangan isbaal tidak khas ketika dalam solat sahaja. Ini kerana hadis, “Sesungguhnya ALLAH tidak menerima solat lelaki yang mengisbalkan kainnya” daripada Riwayat Abu Daud adalah daif. Bukan sahaja hadisnya daif bahkan sebagaimana dalam hadis-hadis yang telah disebutkan, larangan isbaal adalah umum merangkumi pakaian ketika dalam solat dan di luar solat.

3) Isbaal kerana sombong sahaja yang dilarang kerana Nabi SAW menyatakan kepada Abu Bakar RA, “Engkau tidak melakukannya kerana sombong”.

Jawapan: Kenyataan Nabi SAW, “Engkau tidak melakukannya kerana sombong” tidak boleh dijadikan sebagai hujah bagi membolehkan isbaal atas alasan tidak sombong.

Dalam hadis di atas, Nabi SAW bersabda, “Barang siapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong ALLAH tidak akan melihatnya apa hari kiamat kelak.” Berkata Abu Bakar RA: Wahai Rasulullah! Sebahagian kainku turun melabuh kecuali sekiranya aku menjaganya. Jawab Baginda, “Engkau tidak melakukannya kerana sombong.” (Riwayat Bukhari)

Kenyataan Abu Bakar RA jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengisbalkan kainnya secara sengaja. Walaupun beliau sedaya upaya cuba memastikan agar ia tidak menurun tetapi ada kalanya ia tetap turun melabuh tanpa beliau sengajakan.

Oleh itu, kenyataan Baginda ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah kerana terdapat perbezaan yang ketara antara apa yang kadangkala berlaku kepada Abu Bakar RA tanpa beliau sengajakan dan apa yang dilakukan oleh mereka yang mengisbalkan kain mereka secara sengaja dan berterusan!


Kesimpulan

-Larangan isbaal merangkumi lelaki dan wanita;

-Isbaal tidak khas buat kain sarung sahaja, sebaliknya ia merangkumi semua jenis pakaian; jubah dan seluar;

-Isbaal dilarang tidak kira sama ada ia dilakukan kerana sombong atau tidak;

-Larangan isbaal adalah umum ketika dalam solat dan di luar solat.


Ustaz Idris Sulaiman
Ahli Syura Ilmuwan Malaysia

http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/larangan-isbaal-melabuhkan-pakaian-1.278462
 
Isbaal kerana sombong atau tidak sombong?

Para ulama telah sepakat dalam pengharaman isbaal jika sekiranya ia adalah kerana sombong. Adapun kalau bukan kerana sombong, para ulama berbeza pendapat dan sebahagian mereka turut mengharamkannya juga.

Kesimpulan

-Larangan isbaal merangkumi lelaki dan wanita;

-Isbaal tidak khas buat kain sarung sahaja, sebaliknya ia merangkumi semua jenis pakaian; jubah dan seluar;

-Isbaal dilarang tidak kira sama ada ia dilakukan kerana sombong atau tidak;

-Larangan isbaal adalah umum ketika dalam solat dan di luar solat.


Saya kurang gemar dengan kesimpulan terus melarang isbal sedangkan pada peringkat awal menyatakan ada perbezaan pendapat dari ulama' kalau isbal dilakukan bukan kerana kesombongan.

Perlulah dikeluarkan pendapat-pendapat yang mengatakan boleh isbal jika bukan dengan sombong.

Bawah ni saya sertakan video UAI dan Ustaz Abdul Somad


Saya letak ringkasan sekali.


Ustaz Azhar Idrus

Sunnah - di betis/keting
Harus - Bawah keting sampai ke buku lali
Makruh - Bawah pada buku lali
Haram - Menyombongkan diri sama ada labuh dari buku lali atau tidak


Ustaz Abdul Somad Mula minit 4.10

Kalau sombong haram, kalau tak sombong tak haram. Pandangan imam-imam dan syeikh di bawah.

Imam Syafie
Imam Nawawi
Imam Syaukani
Imam Son'ani
Syeikh Qardawi
Syeikh Atiyyah Saqr






 
Dari Abu Hurairah R.A. dia berkata: Pernah ketika seseorang menunaikan solat dengan memperpanjangkan kain sarungnya (sampai ke tanah), tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya: "Pergilah kamu berwuduk!". Maka orang itu pergi berwuduk, kemudian datang kembali. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Pergilah berwuduk!". Maka dia pergi lagi berwuduk. Setelah dia datang lagi, berkatalah seseorang kepada beliau: "Wahai Rasulullah! Mengapa engkau perintah agar dia berwuduk?" Beliau bersabda: "Dia telah mengerjakan solat, sedangkan dia memperpanjang kain sarungnya (sampai ke tanah). Dan Allah benar-benar tidak menerima solat seseorang yang memperpanjang kain sarungnya".

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0609
 
seluar+sunnah.jpg


http://www.abuanasmadani.com/batas-batas-aurat-dalam-islam/
 
mungkin ramai lelaki skrg menerima nasib yg sama dgn orang di bwh ni. duk tgh sedang solat, tiba2 nabi SAW nampak dan terus nabi SAW suruh dia berhenti solat. kalu duk tgh solat tiba2 disuruh berhenti mmg serius la kesalahan tu:

Dari Abu Hurairah R.A. dia berkata: Pernah ketika seseorang menunaikan solat dengan melabuhkan kain sarungnya (sampai ke tanah), tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya: "Pergilah kamu berwuduk!". Maka orang itu pergi berwuduk, kemudian datang kembali. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Pergilah berwuduk!". Maka dia pergi lagi berwuduk. Setelah dia datang lagi, berkatalah seseorang kepada beliau: "Wahai Rasulullah! Mengapa engkau perintah agar dia berwuduk?" Beliau bersabda: "Dia telah mengerjakan solat, sedangkan dia melabuhkan kain sarungnya (sampai ke tanah). Dan Allah benar-benar tidak menerima solat seseorang yang melabuhkan kain sarungnya".

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0609
 
Last edited:
perhatikan kisah di bawah ini, bagaimana sahabat nabi SAW, Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu dalam keadaan luka yang sangat parah menjelang kematiannya, ia masih lagi menegur serta menyuruh seorang pemuda agar tidak isbal:


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Amr bin Maimun radhiallahu ‘anhu, bahawa ketika Khalifah ‘Umar radhiallahu ‘anhu ditusuk perutnya ketika shalat Subuh oleh Abu Lu’luah Al-Majusi,
“[Umar] diberi minum air kurma dan diminumnya maka keluar dari keronkongnya, kemudian diberi air susu maka beliau meminumnya dan keluar dari lukanya. Mereka mengetahui bahawa beliau akan meninggal dan kamipun masuk menemuinya. Kemudian datanglah seorang anak muda dan berkata,

“Bergembiralah wahai Amirul Mu’minin dengan berita gembira dari Allah untukmu, dari bershahabat dengan Rasulullah dan apa yang engkau baktikan untuk umat Islam. Apa yang engkau telah lakukan kemudian engkau berkuasa dan berlaku adil serta mendapat syahadah (mati syahid).

Umar menjawab, “Saya berharap hal itu cukup untukku”.

Ketika anak muda itu pergi dilihatnya kainnya menyentuh tanah [isbal], kemudian beliau berkata: “Kembalikan anak muda itu kepadaku”. Dan beliau berkata,

“Wahai anak saudaraku! Angkat kainmu, maka itu lebih kekal untuk pakaianmu dan lebih suci untuk Rabbmu.”
[HR. Bukhari no. 2700]
 
Back
Top
Log in Register