BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan RCI TH Wajar Didedahkan - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Laporan RCI TH Wajar Didedahkan - Fahmi​

b70fbc3be0cfead9ddad704a206ebee26a62091aed9c6

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas menyantuni penduduk di Felda Palong 1 ketika mengunjungi sempena Program Ziarah Kasih di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang.

Turut hadir calon Pakatan Harapan DUN Jeram Padang G Manivannan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) wajar didedahkan kepada umum bagi memastikan pendeposit, pencarum dan rakyat memperoleh gambaran menyeluruh mengenai perkara yang berlaku sebelum ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pendedahan laporan berkenaan selaras dengan prinsip ketelusan dan keadilan, selain membolehkan orang ramai memahami isu sebenar yang dibangkitkan menerusi siasatan itu.

“Ini atas prinsip ketelusan dan kita inginkan keadilan dan saya percaya dengan pengurusan dan pentadbiran Tabung Haji yang baharu, ia telah diletakkan pada kedudukan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya harap laporan ini dapat diterbitkan dalam masa dan kadar segera supaya dapat diteliti serta dibaca sepenuhnya oleh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih MADANI di Felda Palong 1 di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Anwar berkata beliau akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang dijangka selewat-lewatnya pada Rabu depan.

 
Patut dedah lebih awal, dah 2026 kot, alasan takut proses pemulihan TH terjejas tu tak masuk akal. Kita umat Islam nak tahu apa yg berlaku sebenarnya, duit untuk ibadah kot, jangan la dibuat main.
 
Back
Top
Log in Register