BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan RCI: TH Sepatutnya Rugi RM1.4 Bilion Pada 2017

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Laporan RCI: TH Sepatutnya Rugi RM1.4 Bilion Pada 2017​

ad0f0a7f165a5daa44a4ee5cb755d3d86a6a218cd5e93

--kredit Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2017 berbanding keuntungan sebanyak RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangannya, menurut dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Laporan RCI yang diterbitkan malam ini menyatakan jika piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) diguna pakai sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih berkenaan sekali gus menunjukkan kedudukan kewangan institusi itu sudah berada dalam keadaan kritikal pada tahun tersebut.

Menurut laporan itu, dapatan tersebut mengesahkan beberapa perkara yang dilaporkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) menerusi semakan kewangan terhadap kedudukan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017, termasuk wujudnya jurang defisit antara aset dan liabiliti sejak 2014.

Laporan itu memaklumkan PwC mendapati TH tidak melaksanakan rosot nilai terhadap pelaburan dalam syarikat bersekutu, pelaburan dan pembiayaan kepada anak syarikat dan instrumen pendapatan tetap selain tidak memenuhi piawaian FRS 140 berkaitan kejatuhan nilai saksama bagi pelaburan hartanah.

Turut dinyatakan TH bagi tahun kewangan 2017 telah mengagihkan keuntungan (hibah) tanpa mengambil kira impak daripada rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan selain telah merekodkan pendapatan dividen daripada anak syarikat walaupun dividen tersebut tidak dibayar kepada TH.

Laporan itu turut mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH antaranya pembayaran hibah yang tinggi, kreatif dalam amalan perakaunan, ketidaktegasan Ketua Audit Negara, penambahan visi TH sebagai tonggak ekonomi ummah dan peningkatan tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).

 
Back
Top
Log in Register