BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laksana Audit Forensik TH Secara Menyeluruh, Siapkan Dalam Tempoh Setahun - Ahli Parlimen

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Laksana Audit Forensik TH Secara Menyeluruh, Siapkan Dalam Tempoh Setahun - Ahli Parlimen​

c077c6b6ffde012c499ea4188c35af126a7aed8c3186d

140917c8d6e80df2e820635e737c1a906a7b08c19cd4b

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kerajaan digesa untuk segera menjalankan audit forensik secara menyeluruh dan telus terhadap pengurusan dana Lembaga Tabung Haji (TH) dan menyiapkannya dalam tempoh setahun.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata langkah itu penting berikutan kelemahan tadbir urus dan ketelusan dalam pengurusan dana TH seperti didedahkan menerusi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu.

“Audit forensik bebas amat penting untuk menjejak aliran dana, mengenal pasti unsur penipuan dan salah guna kuasa serta kecuaian yang mungkin telah berlaku.

“Sesiapa saja yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian dana TH sama ada melalui penipuan, salah guna kuasa atau kecuaian mesti dibawa ke muka pengadilan,” kata bekas perdana menteri itu dalam sesi perbahasan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan RCI TH, di Parlimen hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata penemuan laporan berkenaan yang antara lain mendedahkan TH antara 2014 hingga 2020, mencatat kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM10 bilion hingga RM12.6 bilion perlu diberikan perhatian serius dan disusuli tindakan tegas tanpa kompromi.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) pula menggesa kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (Multi-Agency Task Force) bagi menyiasat 14 pelaburan bermasalah TH yang dikenal pasti menerusi Laporan RCI.

Beliau berkata pasukan itu perlu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak secara bersendirian.

“Kerajaan perlu mengumumkan penubuhan Multi-Agency Task Force untuk siasat setiap satu daripada 14 pelaburan yang ada, yang telah terbukti bermasalah, dan memperluas skop kepada FELDA, FGV, Eagle High.

“...supaya akhirnya kita dapat tahu siapa yang menyebabkan masalah ini berlaku dan kerugian ini akhirnya terbukti,” katanya yang turut mencadangkan pelaksanaan audit forensik terhadap pelaburan bermasalah tersebut.

 
Back
Top
Log in Register