BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KUSKOP Laksana Libat Urus Bersama ADUN, Perluas Akses Pembiayaan Usahawan India

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
c5d28fd925d45c0e1cfcef3100e273a769f0a47674daf

fb Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil komuniti India bagi memberi penerangan mengenai skim pembiayaan, termasuk Skim Pakej Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India (MUDRA).

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi P. Vimalan berkata sesi berkenaan menjadi platform penting untuk pemimpin komuniti mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai inisiatif KUSKOP dalam menyokong agenda penskalaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kami bawakan agensi-agensi di bawah KUSKOP untuk memberikan penerangan pada sesi libat urus itu, dengan peringkat pertama kami menyasarkan pemimpin komuniti dan wakil rakyat India bagi memastikan maklumat dapat disampaikan secara lebih meluas di peringkat akar umbi.

“Sebelum ini, siri taklimat sama telah dilaksanakan di Zon Tengah dan Zon Selatan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor manakala hari ini sesi bagi Zon Utara yang melibatkan Pulau Pinang, Kedah dan Perak,” katanya kepada Bernama.

Sesi taklimat khas oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Bank Rakyat, SME Bank dan beberapa agensi lain diadakan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Bendera di sini hari ini.

Vimalan berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran program pameran dan taklimat dengan turun padang bertemu usahawan India bagi meningkatkan kesedaran terhadap pelbagai skim yang ditawarkan di bawah KUSKOP.

Beliau berkata program itu turut memberi tumpuan kepada MUDRA, iaitu inisiatif pembiayaan khas bernilai RM220 juta untuk memperkasa usahawan yang menawarkan pakej modal perniagaan melalui agensi seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan SME Bank bertujuan memperkukuh ekosistem PMKS dan koperasi milik masyarakat India.

Sementara itu, ADUN Buntong (Perak) M. Thulsi menyifatkan program itu sebagai usaha yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pelbagai bantuan kerajaan.

Beliau berkata pendekatan berskala kecil seperti sesi taklimat itu memberi ruang lebih interaktif kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan soalan secara langsung kepada agensi terlibat.

 
Back
Top
Log in Register