BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSN Umum Enam Perubahan, Lantikan Baharu Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5b62d229fa1ad227d3955d778f3938bc699a96b671a6f

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Beliau dalam kenyataan berkata perubahan penempatan itu berkuat kuasa Isnin ini melibatkan jawatan dua ketua setiausaha (KSU) dan empat timbalan ketua setiausaha (TKSU).

Pergerakan dan pelantikan jawatan itu menurut beliau langkah strategik dalam memacu Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan diharapkan dapat mempercepat keberhasilan matlamat Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat.

“Ia mencerminkan iltizam kerajaan untuk melahirkan organisasi yang berpaksikan prestasi, berintegriti tinggi serta berupaya menggerakkan reformasi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan lebih cekap dan berkesan.

"Kerajaan yakin barisan kepimpinan yang dilantik ini mampu menggalas amanah dengan penuh dedikasi seterusnya memperkukuh sinergi antara kementerian dan agensi,” katanya.

Mereka yang terlibat ialah KSU Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Dr Aminuddin Hassim yang dilantik sebagai KSU Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) manakala jawatan beliau kini digalas oleh TKSU (Perancangan dan Pembangunan) KPM Datuk Wan Hashim Wan Rahim.

Sementara itu, TKSU (Dasar) KPT Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dilantik sebagai TKSU (Perancangan dan Pembangunan) KPM.

TKSU (Pelaburan dan Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Bahria Mohd Tamil pula dilantik TKSU (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala MITI A.R Jaya Singam dilantik TKSU (Pelaburan dan Pengurusan) MITI manakala Timbalan Ketua Pengarah (Governan dan Pembangunan) Jabatan Pendidikan Tinggi KPT Ahmad Rizal Adnan dilantik sebagai TKSU (Dasar) kementerian sama.

 
Back
Top
Log in Register