BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSN Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Perdana Menteri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

KSN Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Perdana Menteri​

439550b6be25c95d0d040fa60e73840e6a795020797c4


Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau turut mendoakan agar Perdana Menteri sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara.

“Insya-Allah, kami warga perkhidmatan awam akan terus teguh mendukung aspirasi dan agenda reformasi perkhidmatan awam demi rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ucapan sama turut dizahirkan Pejabat Perdana Menteri menerusi video yang dimuat naik di Facebook.

“Ikhtiar diteruskan, amanah ditunaikan, dan kepada Allah SWT jua kita berserah,” menurut hantaran itu,

Sementara itu, laman Facebook Malaysia MADANI pula mendoakan agar Perdana Menteri sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Selamat ulang tahun kelahiran buat YAB PMX. Semoga terus dikurniakan kekuatan untuk menabur budi dan gigih bekerja untuk negara dan watan,” menurut hantaran itu.

 
Back
Top
Log in Register