BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Selaras Bantuan Kepada Adik Bongsu Truper Indiran - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3f987fe493b00cc8991b069c796901d0699ae33e2838a

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meluangkan kira-kira 20 minit menyantuni ibu mendiang anggota tentera Truper K. Indiran, S. Usha serta tiga adiknya bagi memberikan sokongan moral dan menyampaikan sumbangan di kediaman keluarga mendiang di Taman Sri Nibong. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban A. Kumaresan. Foto: K.Ganeson

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelaraskan bantuan sewajarnya kepada adik bongsu anggota tentera Truper K. Indiran, K. Maitraashini murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Greenlane.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata beliau telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menyelaras segala bentuk bantuan dan sokongan pendidikan yang diperlukan bagi memastikan kebajikan serta kelangsungan pembelajaran kanak-kanak berkenaan terpelihara.

“Saya telah meminta PPD dan wakil PPD juga hadir hari ini, supaya kita dapat menyelaraskan apa-apa bantuan serta sokongan pendidikan untuk anak ini.

“Jadi keluarga tak perlu risau, kita akan tengok segala keperluan anak ini dari semasa ke semasa, khususnya untuk pendidikan dia,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi kediaman keluarga mendiang di Taman Sri Nibong di sini hari ini dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban A. Kumaresan.

Terdahulu, Fadhlina meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni ibu mendiang, S. Usha, 52, serta tiga adik Indiran bagi bertanya khabar serta memberikan sokongan moral selain menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga itu selepas kehilangan individu yang menjadi tunjang utama keluarga.

Sepanjang pertemuan, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu turut dilihat sebak ketika mendengar luahan Usha yang masih berduka atas pemergian mengejut anak sulung daripada empat beradik itu.

Selain Maitraashini, dua lagi adik mendiang ialah K. Varshini, 21, yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), serta K. Sarvien, 17, pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kulim, Kedah.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga malah kepada negara, lebih-lebih lagi melibatkan anggota keselamatan yang berkhidmat untuk tanah air pada usia muda.

Sementara itu, Usha ketika ditemui berkata terharu menerima kunjungan menteri pendidikan itu yang memberikan sokongan moral kepada keluarganya apatah lagi ketika mereka masih dalam fasa untuk menerima hakikat kehilangan Indiran.

 
Back
Top
Log in Register