BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kematian Truper Indiran Lambang Pengorbanan, Kesetiaan Dua Generasi - PAT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,155
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,155
Reaction score
346
Points
141
87b2c411d4b87282f095f8a2174f4467699b018b7fb2a

Perajurit muda K. Indiran (kiri) bergambar bersama ibu S. Usha (tengah) dan adiknya K. Maitraashnni (kanan) sambil menunjukkan rakaman foto mendiang ayahnya C. Kayamboo pada majlis Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 200/24 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). (Gambar Fail)

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman hari ini menziarahi waris mendiang anggota tentera Truper K Indiran bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberi sokongan moral.

Menerusi hantaran di Facebook, Malek berkata mendiang disemadikan mengikut istiadat pengebumian tentera bersebelahan pusara bapanya, mendiang Mejar (kini Lt Kol) C Kayamboo daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Mejar C Kayamboo merupakan juruterbang TUDM yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft B200T pada 2016. Pengorbanan dua generasi ini bukan sekadar catatan sejarah keluarga, tetapi lambang kesetiaan dan keberanian yang terpahat dalam jiwa seorang perwira dan perajurit.

“Sebagai PAT, saya amat tersentuh dengan ketabahan ditunjukkan ahli keluarga mendiang. Semoga keluarga mendiang terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini... pengorbanan mendiang akan sentiasa dikenang,” katanya.

Malek berkata Angkatan Tentera Malaysia akan sentiasa berdiri teguh bersama waris-waris perwira dan perajurit negara.

Pada 18 Feb lepas, Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja  Kem Batu 10 Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

 
Back
Top
Log in Register