BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kematian Truper Indiran: Tiada Unsur Penderaan, Jangan Politikkan Isu - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a8db16bf55a3103d6b0e81efa813695369996c8b4c1cd

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap pada sidang media selepas Program Back To School Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat, Bandar Seri Alam hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera Truper K. Indiran, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan pagi ini.

“Jangan dipolitikkan isu ini, biarlah perkara ini disiasat dahulu,” katanya selepas menyerahkan Bantuan Persekolahan Kembali ke Sekolah bagi Parlimen Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara itu sekiranya perlu.

MIC Pulau Pinang sebelum ini menggesa siasatan menyeluruh dan telus dijalankan berhubung kematian mendiang Indiran, 22, dan mendakwa kemungkin besar wujud kecederaan dalaman yang memerlukan siasatan lanjut.

Pada 18 Feb lepas, Indiran yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

Mendiang adalah anak kepada Mejar C. Kayamboo, iaitu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

Mendiang dijangka dikebumikan bersebelahan pusara bapanya di Tanah Perkuburan India Batu Lanchang hari ini.

 
Back
Top
Log in Register