combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
fb Khaled Nordin
Ketika kanak-kanak seusianya leka bermain, mendiang Truper K. Indiran sejak kecil sudah menanam azam untuk menyarung uniform Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti bapanya. Namun, takdir menentukan sebaliknya apabila insan yang menjadi sumber inspirasinya itu pergi terlebih dahulu.
Mendiang menyertai ATM meskipun bapanya mendiang Lt Kol C. Kayamboo terkorban ketika berkhidmat pada 2016 dalam nahas udara berhampiran Pangkalan Udara Butterworth. Kisah itu disifatkan sebagai lambang semangat luar biasa yang mampu menjadi inspirasi, khususnya dalam kalangan kaum minoriti di negara ini.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Datuk Sharuddin Omar berkata kehilangan Kayamboo kira-kira sedekad lepas tidak pernah melemahkan semangat Indiran, walaupun ketika itu beliau masih berusia sekitar 12 tahun.
Sebaliknya, tragedi berkenaan menjadi pemangkin untuk meneruskan legasi perjuangan bapanya dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Indiran menjadikan tragedi kematian bapanya sebagai sumber kekuatan untuk berkhidmat kepada negara. Kehilangan itu tidak dilihat sebagai perkara negatif, sebaliknya menyemarakkan lagi azamnya untuk menyambung perjuangan,” katanya kepada Bernama.
Menurut Sharuddin, kisah berkenaan wajar dijadikan contoh terbaik bahawa tragedi mampu membentuk jati diri serta menyemai semangat mempertahankan bangsa dan negara tanpa mengira kaum.
Beliau berkata cerita pengorbanan seperti itu tidak seharusnya hanya dikenang sebagai episod duka, sebaliknya perlu dikongsikan kepada generasi muda sebagai bukti bahawa kesedihan dan kehilangan boleh diterjemahkan kepada semangat perjuangan tanpa mengira bangsa.
Mengulas penglibatan bukan Melayu dalam ATM, beliau berkata sejarah membuktikan penyertaan kaum India dan Cina amat signifikan, terutama ketika era darurat pertama dan kedua antara 1968 hingga 1989. Malah, ramai dalam kalangan mereka terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengira latar belakang bangsa.
Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum
ATM, PVATM, K. Indiran, semangat, pengorbanan