BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Kelantan Tahan Wanita Thailand Cuba Seludup Minyak Masak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146
7a9ae114c2f3f8abbf17b836075053b369cb6e6e53ed4

Kredit: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan

Taktik licik seorang wanita warga Thailand menyeludup minyak masak bersubsidi terbongkar dalam Ops Tiris di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)  Rantau Panjang, semalam.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Aswadi Jaafar berkata wanita berusia 40 tahun itu cuba menyembunyikan sebanyak 51 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di ruang tayar gantian pada bahagian bonet kereta jenis Mazda 2 berpendaftaran Thailand yang dipandunya.

"Rampasan dilakukan anggota KPDN Cawangan Pasir Mas, kira-kira 2.15 petang itu berjaya menemukan kesemua minyak masak yang disorok secara tersusun di bawah pelapik ruang simpanan tayar di bahagian bonet kenderaan, dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan di pintu sempadan.

"Wanita berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala pihaknya turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca bekalan minyak masak bersubsidi yang diperoleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM15,127.50 dan pihaknya akan terus memperkukuh strategi penguatkuasaan bagi mengekang ketirisan serta penyalahgunaan subsidi termasuk penyeludupan bahan api ke negara jiran.

 
Back
Top
Log in Register