BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Kelantan Patahkan Cubaan Seludup Hampir Tiga Tan Minyak Masak Bersubsidi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ac8af9d5ce30018153ec63204765db6f69d7aaea92de7

Kredit: KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir tiga tan minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran dalam operasi bersepadu di Jalan Pintas (Bypass), Pasir Puteh, hari ini.

KPDN Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu dilakukan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor yang membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan serta merampas dua kenderaan.

Menurut kenyataan itu, semasa operasi, KPDN mengesan dua kenderaan jenis Proton Exora dan Naza Citra dalam keadaan mencurigakan yang dipercayai membawa muatan minyak bersubsidi untuk diseludup ke luar negara.

“Hasil pemeriksaan terdapat 2,805 kilogram minyak masak peket bersubsidi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar RM32,012.50 termasuk kenderaan,” menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan minyak masak berkenaan dipercayai disimpan sementara di rumah transit sebelum dibawa ke sempadan untuk diseludup.

“Taktik licik sindiket yang menyembunyikan kotak minyak masak menggunakan kain hitam bagi mengaburi pihak berkuasa bagaimanapun berjaya dihidu dalam operasi yang dijalankan kira-kira 7.45 pagi,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki rangkaian sindiket serta mengenal pasti dalang utama.

 
Back
Top
Log in Register