BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Kedah Perluas Pemantauan Penyeludupan, Seleweng Diesel Ke Kawasan Selatan Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Kedah Perluas Pemantauan Penyeludupan, Seleweng Diesel Ke Kawasan Selatan Negeri​

ee4b3b5a1a6545c1556715eb5d64a4d16a180a05092d0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah kini memperluas fokus pemantauan penyeludupan dan penyelewengan diesel, bukan sahaja di kawasan sempadan negara, tetapi turut melibatkan kawasan selatan negeri itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kedah Zalina Aziz berkata trend penyeludupan diesel di Kedah ketika ini menunjukkan perubahan apabila kegiatan itu tidak lagi hanya tertumpu di laluan sempadan seperti Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra di Padang Terap, sebaliknya mula beralih ke kawasan selatan negeri.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Oleh Mohd Fazil Ahmad

ALOR SETAR, 28 Mei (Bernama) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah kini memperluas fokus pemantauan penyeludupan dan penyelewengan diesel, bukan sahaja di kawasan sempadan negara, tetapi turut melibatkan kawasan selatan negeri itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kedah Zalina Aziz berkata trend penyeludupan diesel di Kedah ketika ini menunjukkan perubahan apabila kegiatan itu tidak lagi hanya tertumpu di laluan sempadan seperti Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra di Padang Terap, sebaliknya mula beralih ke kawasan selatan negeri.

Beliau berkata justeru, perhatian serius turut diberi terhadap kawasan selatan, khususnya di Sungai Petani dan Kulim yang dikenal pasti semakin terdedah dengan aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi.

Zalina berkata modus operandi sindiket kini turut dikesan melibatkan penyalahgunaan kad fleet subsidi diesel di kawasan perindustrian, terutama di Sungai Petani dan Kulim.

“Jika dahulu di kawasan sempadan, kebanyakan kes melibatkan kenderaan yang diubah suai seperti pikap, lori kargo dan lori bonded dengan tambahan tangki fiber atau tangki khas sebelum diesel dipindahkan ke dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC).

“Sekarang, trend beralih ke kawasan industri apabila terdapat pihak tertentu dipercayai membeli diesel subsidi menggunakan kad fleet sebelum dikumpulkan dan dijual semula kepada industri,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Zalina berkata pihaknya percaya sindiket mengambil kesempatan terhadap kemudahan Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0 yang diberikan kepada sektor pengangkutan dan industri.

Diesel yang dibeli pada harga subsidi menggunakan kad fleet, katanya, akan dikumpulkan sedikit demi sedikit dari beberapa buah stesen minyak sebelum dipindahkan ke tangki lain untuk dijual semula.

 
Back
Top
Log in Register