BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (A-R-2796) - www.katmb.com.my

Dividen Koperasi Tentera Kekal 13 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (Koperasi Tentera) mengekalkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada lebih 140,000 anggotanya untuk tahun ini membabitkan jumlah syer sebanyak RM700 juta.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Sri Azizan Ariffin berkata keupayaan pembayaran dividen itu membuktikan koperasi itu berjaya mengekalkan prestasi pulangan sekurang-kurangnya di paras 12 peratus.

"Koperasi telah berjaya menghasilkan prestasi kewangan yang sangat baik dan konsisten, serta mampu memberi pulangan dividen berterusan sebanyak 12 peratus atau lebih, sejak 13 tahun lepas," katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-45 pada hari Ahad.

Beliau berkata pencapaian itu amat membanggakan walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Azizan berkata bagi mengekalkan keutuhan ekonomi sesebuah koperasi, anggota perlu bekerjasama dan membuat keputusan bernas untuk memastikan ia terus maju.

"Hanya dengan penglibatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anggota sahaja yang mampu menjamin kejayaan koperasi ini, bukan sahaja dalam lingkungan koperasi, malah dalam ekonomi bersifat global," katanya.

-- BERNAMA

Tahniah. Untung sapa yang boleh masuk sini
 
Den bukan tentera..malah kluarga pun tiada yang tentera..Ipar aderlah...klu tak boleh gak masuk..ehheheh...best tu dividen more than 10%...wow
 
Makup Loan untuk Tentera dan pekerja awam. Apartment 3 bilik luas 8.175m persegi untuk dijual.
lokasi di Arowana Impian Seremban 2 berhampiran Bandar Seremban. lokasi strategik serta banyak fasaliti.
Harga RM51K loan bole RM75K.
Sesuai untuk kakitangan kerajaan termasuk tentera. Loan kerajaan kami akan uruskan. Jumlah terhad.
bagi anggota tentera gaji bersih RM400 ...ke atas. Potongan sebulan lebih kurang 3 ratus lebih sebulan.

Anngota baru lagi digalakkan . rumah dapat duit pun dapat. tak rugi. rumah pun laku disewa.

Berminjat sms ke 0136593536
 
Den bukan tentera..malah kluarga pun tiada yang tentera..Ipar aderlah...klu tak boleh gak masuk..ehheheh...best tu dividen more than 10%...wow

SINI SAJA NAK KONGSI DENGAN KAWAN KAWAN MUNGKIN ADA YANG TAK BACA PAPER PADA 20 JULAI 2008 MUKA SURAT..23 MM

KAT SINI SAYA AMBIL DARI MM....SAMA SAMA KITA TAHU.....BESTNYA KOPERASI.......mungkin boleh simpan kat sini....

CARI LA TENGGOK MUNGKIN ADA LAGI KOT.......ATAU CUBA CARI ADA 100 LAGI KOPERASI TERBAIK .....

DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Koperasi yang berjaya memberi dividen melabihi 25 %
1. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 175%
2. KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD 100%
3. KOPERASI PERKERJA-PERKERJA STEVEDORING TAWAU BERHAD @ KOPESTA 93.47%
4. KOPERASI DOKTOR MALAYSIA BERHAD 70%
5. UNITED DEVELOPMENT COOPERATIVE SOCIETY LIMITED 70%
6. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN BERHAD 70%
7. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK BERHAD 50%
8. KOPERASI KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN SABAH BERHAD 50%
9. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BAN HIN LEE BANK BERHAD 50%
10. KOPERASI MERCU WARISAN MALAYSIA BERHAD 40%
11. KOPERASI GABUNGAN PEKEBUN KECIL PERAK BERHAD 30%
12. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 30%
13. KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD 30%
14. KOPERASI RANCANGAN TANAH BELIAWANIS BUKIT SEGAMAT BERHAD 30%
15. KOPERASI PERUSAHAN TANAH SUNGGAI LUI NEGERI SEMBILAN BERHAD 30%
16. KOPERASI WANITA KEPALA BATAS BERHAD 30%
17. KOPERASI JAKOPEN BERHAD 30%
18. KOPERASI KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU BERHAD 30%
19. KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 30%
20. KOPERASI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 20%
 
Alhamdulillah hari nih dah pi naikkan yuran koperasi dari RM30 ke RM300...:)paid:)paid:)paid
 
nak simpan kat akaun yuran/simpanan skrg dah ada option lain......tapi sekurang2nya kena buat gak $30 utk potongan...baki tu bole bayar cash...so kat dlm slip gaji dah dpt kurangkan komitmen...
 
ingatkan bekas polis je ada koperasi, tentera pun ada jugak. truskan :)
 
Back
Top
Log in Register