dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 45,919
Top Poster #8
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 45,919
- Reaction score
- 4,776
- Points
- 266
KOPERASI MAKMUR GOLD DIDAKWA TIPU PELABUR, WANG LESAP TANPA JEJAK
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) tampil membantu ahli-ahli sebuah koperasi yang mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas koperasi tersebut gagal membayar dividen dan keuntungan yang dijanjikan.
Setiausaha Agung MHO, Dato’ Hishamuddin Hashim, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa pihaknya menerima pelbagai aduan daripada ahli-ahli koperasi tersebut. Mereka mendakwa telah melabur puluhan ribu sehingga ratusan ribu ringgit setiap seorang dengan janji dividen setinggi 18% setahun melalui skim pembelian syer koperasi tersebut.
Selain itu, koperasi tersebut turut menawarkan skim tempahan emas 916 melalui anak syarikatnya dengan janji keuntungan 1-3% sebulan. Namun, ahli-ahli mendakwa sehingga kini koperasi itu gagal menunaikan janji pembayaran dividen dan keuntungan seperti yang dipersetujui, sebaliknya pihak syarikat memberikan alasan yang dianggap tidak munasabah.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila koperasi menawarkan penyelesaian kepada ahli-ahli untuk berhenti keahlian dan membatalkan tempahan emas dengan janji pemulangan wang dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Malangnya, janji tersebut sekali lagi dimungkiri apabila tiada pembayaran balik dibuat walaupun tempoh tersebut telah berakhir.