BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyAngkasa Emas Medicare

aiman27

Active+ Member
Messages
4,608
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui anak syarikatnya MyANGKASA Holdings Sdn Bhd telah memeterai satu Perjanjian Persefahaman dan program ini telah diurus selia oleh anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn Bhd iaitu MYANGKASA EMAS MEDICARE SDN BHD.

Jalinan kerjasama ini adalah sebahagian daripada rancangan berterusan ANGKASA melalui anak syarikatnya MyANGKASA Holdings Sdn Bhd ke arah menyokong dan melengkapi usaha Kerajaan untuk menghasilkan peningkatan kualiti hidup untuk rakyat menerusi penyediaan Skim Manfaat Medikal yang komprehensif untuk orang ramai sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk mengurangkan bebanan akibat peningkatan kos sara hidup.

Kumpulan sasaran yang difokuskan oleh ANGKASA adalah 200,000 peserta tanpa skim pencen yang meliputi kumpulan umur 40 hingga 80 tahun. Program berkonsepkan Takaful yang ditawarkan ini terbuka kepada semua ahli koperasi yang bebas memilih untuk menyumbang dengan cara yang berbeza melalui mekanisma pembayaran secara bulanan, tahunan atau pembayaran tunggal sekaligus dengan anggaran kos setiap ahli setahun adalah kurang dari RM 2,000. Peserta akan diberi had perlindungan medikal berjumlah RM 50,000 setahun yang meliputi maanfaat kemasukan hospital termasuk rawatan dan perubatan serta Pampasan Kematian sebanyak RM 40,000 kepada waris masing-masing akibat penyakit atau kemalangan
 
sekarang ini myangkasa emas medicare terbuka kpd org ramai. polisi nya dgr lebih murah berbanding syarikat insurans utk org2 berumur. jadi anak2 kalau sayangkan ibu bapa boleh belikan polisi ini kpd mereka.
 
sekarang ini myangkasa emas medicare terbuka kpd org ramai. polisi nya dgr lebih murah berbanding syarikat insurans utk org2 berumur. jadi anak2 kalau sayangkan ibu bapa boleh belikan polisi ini kpd mereka.
memang terbaiklah kalau ada polisi untuk bantu warga berumur ni ..park dulu :)
 
Back
Top
Log in Register