katani17
Active+ Member
- Messages
- 4,831
- Joined
- Dec 3, 2007
- Messages
- 4,831
- Reaction score
- 205
- Points
- 33
Dividen Koperasi Tentera Kekal 13 Peratus
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (Koperasi Tentera) mengekalkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada lebih 140,000 anggotanya untuk tahun ini membabitkan jumlah syer sebanyak RM700 juta.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Sri Azizan Ariffin berkata keupayaan pembayaran dividen itu membuktikan koperasi itu berjaya mengekalkan prestasi pulangan sekurang-kurangnya di paras 12 peratus.
"Koperasi telah berjaya menghasilkan prestasi kewangan yang sangat baik dan konsisten, serta mampu memberi pulangan dividen berterusan sebanyak 12 peratus atau lebih, sejak 13 tahun lepas," katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-45 pada hari Ahad.
Beliau berkata pencapaian itu amat membanggakan walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Azizan berkata bagi mengekalkan keutuhan ekonomi sesebuah koperasi, anggota perlu bekerjasama dan membuat keputusan bernas untuk memastikan ia terus maju.
"Hanya dengan penglibatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anggota sahaja yang mampu menjamin kejayaan koperasi ini, bukan sahaja dalam lingkungan koperasi, malah dalam ekonomi bersifat global," katanya.
-- BERNAMA
Tahniah. Untung sapa yang boleh masuk sini
